MBI Selangor Membantu Memperkasakan Usahawan Agar Lebih Berdaya Saing

MBI Selangor Membantu Memperkasakan Usahawan Agar Lebih Berdaya Saing  - Visi MBI Selangor adalah menjadi pemangkin kepada kelestarian sosial, alam sekitar dan ekonomi negeri Selangor. Ditubuhkan pada 21 September 1994, MBI Selangor merupakan sebuah badan yang berperanan mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri serta mewakili Kerajaan Negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. 


Ini terutama didalam mempromosi dan mendokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri Selangor. Salah satu program yang diusahakan oleh MBI adalah Platform Selangor (PLATS).
Platform Selangor (PLATS) pula adalah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membantu peniaga mikro (contohnya penjaja, peruncit kecil) mendigitalkan perniagaan mereka dan mengatasi cabaran ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19
Ketua Yayasan MBI Selangor, Encik Ahmad Azri Zainal Nor

Inisiatif Dari PLATS
Antara bantuan yang diberikan kepada usahawan di bawah PLATS adalah pinjaman RM3000 tanpa dikenakan sebarang faedah. Ini adalah salah satu cara bagi membantu usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan merela. Sekalgus dapat mencetus motivasi terhadap diri sendiri sekaligus meningkatkan jati diri untuk terus berusaha dan berdaya saing,

PLATS juga ada menawarkan pinjaman kepada individu yang ingin memulakan perniagaan. Pada masa sama memberikan bantuan dan geran digitalisasi. Sejajar dengan perkembangan dunia IT hari ini, para peserta PLATS yang berpotensi akan ditransformasikan kepada usahawan yang mahir digitalisasi.

Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah direktori digital melalui pembentukan Rakan Digital Selangor. Inisiatif yang dapat membantu peniaga mikro dalam aktiviti promosi melalui saluran media digital dan media sosial 

PLATS juga menyediakan latihan kepada peniaga yang berdaftar untuk menambah pengetahuan dan kemahiran seperti bidang dunia perniagaan digital, pengurusan kewangan dan lain-lain.

Sehingga kini terdapat lebih 20,000 peniaga mikro di seluruh Selangor telah mendapat manfaat daripada PLATS dan lebih 1,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan untuk kumpu B40 melalui inisiatif PLATS Rakan Digital Selangor (RDS). 

Untuk info, tiada caj pendaftaran dikenakan kerana PLATS.

Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024
Bagi menghargai usaha usahawan PLATS yang memberi komitmen terbaik sepanjang menyertai PLATS. Satu majlis makan malam  iaitu Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 telah diadakan di di Sunway Hotel & Resorts di Subang Jaya pada 12 Julai lalu.

Seramai 12 individu dipilih sebagai peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani program latihan usahawan PLATS mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Beberapa anugerah turut disampaikan antaranya Anugerah Usahawan Mikro Komuniti, Anugerah Usahawan Mikro Inovasi, serta Anugerah Usahawan Mikro Negeri Selangor.
MAPS 2024 bukan sahaja menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian peserta PLATS tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka untuk terus maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan mikro Selangor pada masa hadapan
Untuk rekod Seramai 37,018 orang peniaga telah berdaftar dengan PLATS setakat 31 Jun 2024. Penglibatan usahawan yang cukup ramai ini juga adalah impak daripada keberkesanan program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY)

Antara program yang pernah dianjurkan seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar pada bulan Ramadan dan Program U-PLATS Digital. Ini adalah antara usaha dan komitmen yang dibawakan oleh MBI Selangor.

Apa yang penting segala inisiatif daripada PLATS dan MBI Selangor adalah satu usaha yang cukup progresif sekaligus menjadi pemangkin kepada ekonomi digital di Selangor dan penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.


MBI Selangor Membantu Memperkasakan Usahawan Agar Lebih Berdaya Saing Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 15, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.