MBI SELANGOR RAI USAHAWAN PLATS DALAM MALAM ANUGERAH PLATFORM SELANGOR (MAPS) 2024

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor meraikan peserta-peserta Usahawan Platform Selangor (U-PLATS) siri pertama dalam majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024, hari ini.

Majlis yang julung kali diadakan itu turut diserikan lagi dengan kehadiran  YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi dan YBrs. Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor.

Dari kiri Tuan Haji Ts. Saipolyazan M Yusio, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato; Seri Amirudin binShari, Dato Menteri Besar Selangor, Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Expo Belia Sukan dan Keusahawanan dan Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi.


Seramai 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, YBrs. Ts. Saipolyazan M Yusop berkata majlis ini amat bermakna untuk peserta PLATS kerana hal ini menunjukkan komitmen MBI Selangor dalam membangunkan serta memupuk bakat keusahawanan dalam kalangan rakyat Selangor.
MAPS 2024 bukan sahaja menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian peserta PLATS tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka untuk terus maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan mikro Selangor pada masa hadapan
katanya lagi.


Seramai 37,018 orang peniaga telah berdaftar dengan PLATS setakat 31 Jun 2024. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan hasil daripada program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY) seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar pada bulan Ramadan dan Program U-PLATS Digital.


Sebanyak enam anugerah khas telah diberikan kepada penerima yang terpilih. Anugerah khas tersebut ialah Anugerah Usahawan Mikro Komuniti, Anugerah Usahawan Mikro Inovasi, Anugerah Usahawan Mikro Digital, Anugerah Usahawan Mikro Muda, Anugerah Usahawan Mikro Wanita dan Anugerah Usahawan Mikro Negeri Selangor yang merupakan anugerah utama untuk MAPS 2024.


MBI Selangor yakin inisiatif PLATS ini merupakan usaha progresif dan pemangkin kepada ekonomi digital di Selangor sekali gus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
MBI SELANGOR RAI USAHAWAN PLATS DALAM MALAM ANUGERAH PLATFORM SELANGOR (MAPS) 2024 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 14, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.