Nestlé Koko Krunch dan Kementerian Pendidikan Berkolaborasi, Cetuskan Imaginasi Kanak - Kanak dengan Pendidikan Seni dan Kraf yang Menyeronokkan

Koko Krunch dan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasiyang bertujuan untuk memperkayakan pendidikan seni dan kraf bagi kanak-kanak sekolah di Malaysia. Inisiatif ini menekankan komitmen mereka untuk memupuk kreativiti dan imaginasi melalui program pendidikan, sekaligus membantu memupuk bakat masa depan.


Kerjasama ini juga menampilkan sokongan Nestlé Koko Krunch buat Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan, sebuah program pembangunan dan kecemerlangan seni visual yang direka untuk mencungkil bakat pelajar sekolah rendah dalam seni visual dari usia muda.
Kami amat teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagimemperkasa kanak-kanak melalui seni dan kraf
kata Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Cereal Partners Worldwide Malaysia Singapura.
Kami percaya akan kuasa transformatif keceriaan yang dapat meluaskan lagi minda dan kreativiti kanak-kanak.Sebagai rakan kerjasama, Nestlé Koko Krunch bangga dan komited untuk terus memperkayakan program ini. Kolaborasi ini membolehkan kami menyumbang kepada pembangunan holistik pelajar, melengkapkan mereka dengan kemahiran penting dan memperkayakan pengalaman pendidikan mereka untuk masa depan yang lebih cerah.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan melihat betapa pentingnya kerjasama ini dalam memajukan peluang pendidikan bagi pelajar sekolah.Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan, 
Kerjasama dengan Nestlé Koko Krunch ini menandakan langkah penting ke arah memperkayakan pendidikan seni untuk kanak-kanak sekolah di Malaysia. Ia membolehkan kami memperluaskan program seni visual kami, di samping menyediakan lebih banyak saluran kepada pelajar untuk meneroka dan menzahirkan kreativiti mereka. Malah, kami turut seiring dalam komitmen untuk memupuk kreativiti dan imaginasi di kalangan pelajar kami. Justeru, kami teruja untuk meneruskan lagi kerjasama ini bagi memaksimumkan impaknya dan menginspirasi minda-minda muda di seluruh negara.

Membentuk sebahagian daripada inisiatif ini, pertandingan sekolah anjuran Kementerian Pendidikan, 'Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan,' yang bermula pada Mei 2024 kini dianjurkan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.Pertandingan ini berlandaskan tema 'Keceriaan' yang merangkumi ‘Detik pertama yang mengembirakan’, ‘Pengembaraan yang mengembirakan' dan 'Masa Depan yangmengembirakan’.


Majlis pelancaran rasmi yang diadakan pada 13 Julai lalu menampilkan 45 pemenang peringkat daerah yang akan mara ke pertandingan peringkat wilayah bagi Wilayah Tengah. Pertandingan peringkat wilayah akan dijalankan dalam empat kelompok wilayah, di mana pemenang terbaik dari setiap wilayah akan mara ke Pertandingan Akhir Kebangsaan pada September 2024. Acara tersebut juga menampilkan bengkel kraf dan aktiviti menarik untuk penyertaan awam.

Selain itu, Nestlé Koko Krunch baru-baru ini memperkenalkan Koko Kraf Club, satu platform yangdireka khususnya untuk memupuk dan menyemarakkan kreativiti, imaginasi, dan keceriaan dikalangan kanak-kanak Malaysia. Melalui Koko Kraf Club, kanak-kanak sendiri menjadi ‘arkitek’dalam mencipta hiburan masing-masing, di samping melibatkan diri dalam aktiviti imaginatif yangdireka khas untuk mereka. Ini membolehkan kanak-kanak riang ini untuk mengendali diri sendiri,menjadi kreatif dan mengekspresikan diri mereka dengan bebas. 


Sekaligus, ia dapat mencipta detik-detik keceriaan bukan sahaja di waktu sarapan, malah sepanjang hari dalam setiap aspek kehidupan mereka.Dengan ini,Nestlé Koko Krunch komited untuk memperluaskan jangkauan dan impak Koko Kraf Club, demi mencapai lebih ramai kanak-kanak dan komuniti di seluruh negara. 
Kami berhasrat untuk terus membawakan inovasi dan memperkenalkan aktiviti baharu yang menginspirasikan kreativiti dan mempromosikan keceriaan di kalangan kanak-kanak. Melalui kerjasama dan kolaborasi yang berterusan, kami nekad untuk memberikan perubahan berkekalan dalam kehidupan kanak-kanak dengan memupuk potensi mereka di samping mempersiapkan mereka untuk masa depan yang penuh dengan kreativiti dan kejayaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama ini dan inisiatif Koko Kraf Club, ikutiNestle Breakfast Cereals Malaysia | Facebook.
Nestlé Koko Krunch dan Kementerian Pendidikan Berkolaborasi, Cetuskan Imaginasi Kanak - Kanak dengan Pendidikan Seni dan Kraf yang Menyeronokkan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 22, 2024 Rating: 5

1 comment:

  1. Koko Krunch's work with the Ministry of Education Malaysia is extremely amazing! It's fantastic to see such dedication to instilling creativity and imagination in young pupils. Programs like the National Elementary School Collage Art Competition and the Koko Kraf Club provide excellent opportunity for youngsters to explore and improve their artistic abilities. As someone who understands the value of a well-rounded education, such as writing a dissertation abstract UK, I appreciate the emphasis on creative development. Thank you for helping the future generation of creatives!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.