Perjalanan Pengabdian: John Ang - Pengabdian Sepanjang Hayat
Kisah pengabdian John Ang menjangkau lebih 51 tahun, bermula dengan pengalaman mendalam semasa lawatan pertamanya ke Bali pada tahun 1973, ketika dia baru hanya 17 tahun. Kini berusia 68 tahun, John telah menghabiskan beberapa dekad mengumpul kepingan karya yang mencerminkan tindakan pengabdian.
Semasa lawatan penting ke Bali itu, John melawat Hutan Monyet dan menyaksikan pemandangan yang
telah meninggalkan kesan yang tidak dapat beliau dilupakan. Di antara monyet-monyet yang sedang
bermain, dua wanita Bali, dihiasi dengan pakaian tarian tradisional, dengan anggunnya menari mengikut rentak muzik gamelan. Anehnya, hampir tidak ada penonton selain daripada sang monyet.
Apabila beliau bertanya kepada pemandunya untuk siapa mereka menari, pemandu itu menjawab, "Untuk Tuhan." Pendedahan ini—bahawa mereka menyatakan kesyukuran atas berkat dalam hidup mereka melalui tarian—telah mencetuskan perjalanan John untuk mendokumentasikan dan meraikan resam pengabdian sepanjang hidupnya.
Pameran dan pertunjukan fesyen John mewakili pencapaian perjalanannya selama beberapa dekad.
Pameran seni ‘Devotion’ bukan sahaja mengenai reka bentuk; ia mengenai konteks dan cerita di sebalik
setiap karya, sama ada tekstil atau artifak antik daripada koleksi John atau dari individu-individu yang
beliau temui dalam hidupnya. Kisah-kisah inilah yang melentur naratif pameran, mempamerkan
bagaimana seni boleh menjadi ekspresi iman dan kesyukuran.
Meraikan Seni dan Pengabdian:

Cetakan Blok Tangan Ajrakh: Cetakan ini mempamerkan pengabdian para seniman melalui kraf mereka yang dipenuhi daya ketelitian, ketabahan masyarakat mereka dalam mengekalkan tradisi ini walaupun dalam kesusahan, dan dedikasi terhadap kepercayaan mereka seperti yang dilihat dalam penggunaan berterusan melalui zaman corak arabesque geometri yang bagaikan seni motif ukiran di masjid.
Lukisan Beras Kemboja: Dihasilkan oleh seorang ibu tunggal yang mengabdikan diri untuk menyara
keluarganya.
keluarganya.
- Karya Tambahan: Seramik, ukiran kayu, keris, perak dan seni kontemporari daripada pelbagai pengumpul dan kenalan.
Melalui pameran ini, John Ang berkongsi naratif yang telah direnungkannya sejak sekian lama, membawa kepada orang ramai gabungan unik karya-karya seni, budaya dan pengabdian. Siaran akhbar ini bertujuan untuk menyampaikan kedalaman dan kepentingan pameran ‘Devotion’, menjemput media dan khalayak ramai untuk mengalami kisah-kisah dan sejarah di sebalik setiap karya.
Koleksi:
Hasil karya pereka eksklusif oleh John Ang akan mempamerkan ‘slow fashion’ yang menampilkan tekstil buatan tangan seperti:
Koleksi:
Hasil karya pereka eksklusif oleh John Ang akan mempamerkan ‘slow fashion’ yang menampilkan tekstil buatan tangan seperti:
Batik lukisan tangan oleh artis batik Malaysia Sham Abu Bakar:
HARTA, yang bermaksud HABIB: Action for the Revival of Our Traditions and Arts, berbangga menyokong Samyama oleh John Ang dalam menghidupkan pameran ini dan berharap ‘Devotion’ akan
menyemarakkan semula penghargaan terhadap kualiti manusia yang mendalam ini dan memberi inspirasi kepada pembaharuan semangat dalam masyarakat kita.
menyemarakkan semula penghargaan terhadap kualiti manusia yang mendalam ini dan memberi inspirasi kepada pembaharuan semangat dalam masyarakat kita.
Pameran ‘Devotion’ berlangsung hingga Ahad, 30 Jun 2024 dan bertempat di HARTA Space, Aras 1 di atas bilik pameran HABIB II @ Ampang Point.
Perjalanan Pengabdian: John Ang - Pengabdian Sepanjang Hayat
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 01, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...