Polperro Steak House Yang Ke-8 Telah Dibuka di Gombak

Polperro Steak House Gombak secara rasmi telah dibuka kepada pengunjung. Konsep restoran di sini berbeza dari outlet yg lain. Ini kerana dekorasi dan susunaturnya lebih kepada santai, sesuai untuk keluarga dan acara pertemuan bersama rakan-rakan. Selain itu, menu makanan yang ditawarkan ada kepelbagaian dan menarik. Paling penting harga memang sangat berbaloi, portion cukup besar dan boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


Pembukaan outlet yang ke-8 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Muahammad Hilman Bin Idham ADUN Gombak Setia. Acara perasmian ini turut dihadiri Ketua Pengarah Polperro Group Sdn Bhd iaitu En El-Aziizie Bin Maskam bersama isteri Puan Nadirah Binti Nasir.


Selain itu turut hadir memeriahkan acara ialah Ayahanda Rani Kulup, pelawak Man Raja Lawak dan pempengaruh Liena Iskandar.



Telah diadakan bacaan doa selamat sebelum perasmian dari Ahli Masjid Khairiyah Taman Sri Gombak
& Anak Yatim dari Kompleks Alkifayah serta penduduk setempat Taman Sri Gombak.


Promosi Bersempena Dengan Pembukaan
Bersempena dengan pembukaan Polperro Steak House Cawangan Gombak, turut diadakan promosi serendah RM3.00 selama 2 hari pada 13 & 14 Julai 2024 . Warga Gombak dan yang berdekatan telah mengambil peluang untuk datang dan menikmati 11 menu terbaik Polperro Steak House dengan harga
yang sangat berbaloi. 


Harga promosi bersempena dengan pembukaan serendah RM3. Memang sangat berbaloi.
• World Platter RM15.00 (Harga asal RM29.90)
• Carbonara Mushroom Spaghetti RM6.00 (Harga asal RM12.90)
• Meaty Mushroom Fried Rice RM6.00 (Harga asal RM13.90)
• Fish and Chip RM6.00 (Harga asal RM12.90)
• Chicken Chop RM6.00 (Harga asal RM12.90)
• Sir Lamb Fried Rice RM6.00 (Harga asal RM14.90)
• Lamb Chop Premium RM6.00 (Harga asal RM19.90)
• Calamari Tempura RM6.00 (Harga asal RM13.90)
• Mushroom Soup with Garlic Bread RM3.00 (Harga asal RM6.90)
• Nugget Tempura RM3.00 (Harga asal RM6.90)


Tahniah Polperro Steak House di ata spembukaan cawangan terbaru. Moga terus sukses!


"RESTORAN NAMPAK MEWAH TAPI HARGA MURAH & BERBALOI"

Polperro Steak House Yang Ke-8 Telah Dibuka di Gombak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 15, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.