PPZ-MAIWP Melancarkan Kempen Jom Potong 2024

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen Jom Potong bagi tahun 2024 di Ibu Pejabat PPZ Cheras Kuala Lumpur.


Kempen Jom Potong atau turut dikenali sebagai Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) ini akan berlangsung selama enam bulan bermula 1 Julai 2024 sehingga 31 Disember 2024 dengan menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM90 juta dengan bilangan pembayar seramai 7 ribu orang.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, bayaran zakat melalui Skim PZB amat penting kerana ia membantu dalam menjamin keberterusan agihan zakat oleh MAIWP kepada asnaf di Wilayah Persekutuan setiap bulan.
Bayaran zakat melalui Skim Potongan Zakat Bulanan ini amat digalakkan kerana agihan zakat yang dibuat kepada asnaf, seperti bantuan kewangan bulanan bergantung sepenuhnya kepada kutipan zakat ini

 

Membuat potongan secara  bulanan untuk pembayaran  zakat melalui  PPZ-MAIWP  memang sangat mudah dan praktikal. Ini kerana cara pembayarannya lebih mudah dan sistematik, selain tidak membebankan individu terutamanya pada akhir tahun. Malahan, pembayar juga secara tidak langsung layak mendapat 100% rebat cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sebagai rakyat Malaysia yang diberi kelebihan ini, saya seru ambillah peluang ini kerana kita tidak akan rugi walau sedikit pun malah tanggungjawab kepada negara dan agama secara serentak dapat dilaksanakan
Cabutan Bertuah Bersempena Dengan Kempen Jom Potong 2024
Untuk info cabutan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pembayar cukai yang sedia berdaftar dan juga pembayar cukai baru. Terdapat lebih 250 pembayar bertuah yang menyertai Kempen Jom Potong 2024 seterusnya berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya Pakej Umrah Ziarah Turki, motosikal elektrik, kerusi urut, airwheel luggage dan banyak lagi beserta produk barangan asnaf.

Selain itu, setiap pembayar juga akan dilindungi dengan Skim Kafalah Muzakki atau dikenali sebagai khairat kematian di mana waris boleh menuntut wang sehingga RM3,000 sekiranya berlaku kematian ke atas pembayar zakat.


Cara-cara penyertaan Kempen Jom Potong 2024 adalah seperti berikut:

i. Daftar PZB secara dalam talian melalui:
  • ptg.zakat.com.my
  • Imbas Kod QR
ii. Isi borang Skim PZB secara manual di:
  • Kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Majikan
Untuk rekod, 50% daripada kutipan zakat pada tahun 2023 adalah melalui Skim Potongan Zakat Bulanan iaitu sebanyak RM519,369,537.69.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan kempen, sila layari portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my atau ikuti laman media sosial Pusat Pungutan Zakat.

"PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT"

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...