Sambutan BOH ‘95 dan Bru Untuk Masa Hadapan
BOH, pengeluar teh terbesar di Malaysia dan penanam teh yang dipercayai dari Cameron Highlands, hari ini meraikan Ulang Tahunnya yang ke-95. Bertemakan ‘95 dan Bru Untuk Masa Hadapan’, BOH telah menyambutnya dengan mengadakan acara sambutan ulang tahun serta promosi produk BOH di di 1Utama di Petaling Jaya. Acara ini berlansung sehingga Ahad, 21 Julai.
Sejarah Tentang BOH
Perjalanan jenama BOH selama 95 tahun bermula pada tahun 1929 apabila pengasas BOH, J.A. Russell, bersama dengan penanam veteran A.B. Milne, membangunkan ladang teh pertama di Malaya, iaitu Ladang BOH, di Cameron Highlands. Ia sewaktu Zaman Kemelesetan Besar di mana kemelesetan ekonomi telah bermula. Walaupun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat mahupun pandangan jauh Russell kerana beliau melihat wujudnya peluang besar dalam industri teh.
Nama BOH berasal daripada 'Bohea', bukit di Wilayah Fujian, yang terkenal dengan gred teh premium dalam perdagangan awal teh di China.
BOH Legasi Yang Kukuh Menapak di Malaysia
BOH, di bawah kepimpinan dan visi mantan Pengerusi, mendiang Datuk Tristan Russell, telah memodenkan seni pembuatan teh dengan melabur dalam teknik dan infrastruktur inovatif yang meninggalkan impak perubahan terhadap operasi BOH. Sebagai sebahagian daripada sambutan ke-95 BOH, teh edisi terhad, Tristan's Reserve, telah dicipta khas sebagai penghormatan istimewa buat insan ini.
Kini, 95 tahun setelah ia ditubuhkan, BOH terus berdiri teguh dalam pasaran. Sebagai salah satu daripada beberapa syarikat teh yang masih mengawal sepenuhnya keseluruhan proses pembuatan hingga ke pemasaran teh, BOH menghidangkan teh paling segar kepada pengguna, dari 'ladang teh ke cawan teh'.
Dalam ucapannya di sambutan komuniti, Caroline Russell, cucu J.A. Russell dan kini Pengerusi Eksekutif BOH, mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan dan kepercayaan luar biasa yang diberikan kepada BOH sepanjang dekad ini.
Salah satu tarikan kepada sambutan ulang tahun ke 95 ialah inisiatif BOH Wish Tree. Para pengunjung dijemput untuk menulis buah fikiran mereka tentang bagaimana mereka boleh bersama-sama BOH dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk Bumi kita.
Untuk setiap ‘wish card’ yang diterima, BOH akan menyumbangkan RM 20 kepada Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) untuk menyokong usaha-usaha Biodiversiti Bandar. BOH menjangkakan untuk mengumpul 1,000 kad dan akan membuat sumbangan keseluruhan sebanyak RM 20,000 untuk membiayai pengumpulan kira-kira 500 anak benih baru. Anak benih ini akan disemai oleh TRCRC untuk aktiviti menanam pokok di masa depan, demi meningkatkan biodiversiti bandar.
Para peserta juga berpeluang untuk menghadiri bengkel pendidikan dan praktikal ‘Caring for Our Forest’ yang ditaja sepenuhnya. Ini akan diadakan di Elmina Rainforest Knowledge Centre TRCRC di Shah Alam pada Sabtu, 5 Oktober 2024, sempena Hari Habitat Sedunia 2024. Mereka juga berpeluang untuk melaksanakan pemindahan anak benih.
Fazura X BOH
Sementara itu, duta jenama BOH, Fazura, telah melancarkan koleksi tudung terbaru Tudung Fazura, yang direka khas untuk Ulang Tahun ke-95 BOH. Sementara itu, Azira Shafinaz pula akan membuat penampilan pada 20 Julai dengan persembahan cukup istimewa.
Cantik-cantik tudung yang diperkenalkan. Corak dan elemen daun teh yang banyak digunakan memang menjadi tarikan!

Tatkala kita maju melangkah ke hadapan, BOH sentiasa berpandangan jauh dan di samping terus prihatin untuk memelihara kelestarian (sustainabiliTEA) kami. Malah kami terus memupuk hubungan kami bersama komuniti, dalam usaha kami untuk membina masa hadapan yang lebih baik berteraskan visi Bru Untuk Masa Hadapan (Brewing for Tomorrow). Ini membentuk sebahagian daripada jati diri BOH.
Harapan kami yang tulus ialah komuniti kami, baik hari ini mahupun hari esok, dapat membina hubungan erat dan ikatan mesra ketika mereka berkongsi pengalaman, menambah baik kesejahteraan mereka dan menikmati pelbagai detik Ummph bersama. Secawan teh BOH dapat membantu menghubungkan kita dengan diri kita sendiri, rakan-rakan dan keluarga kita, dan juga Bumi,
kata Caroline.
Menyelusuri tahun-tahun perjalanannya, BOH telah mengembangkan rangkaian tehnya untuk memenuhi citarasa pelanggan di dalam dan di luar negara. Pilihan ini turut menampilkan teh hitam, teh dari satu ladang, teh hijau, teh ais, teh campuran segera, teh herba dan buah-buahan, serta teh berperisa.
Dengan memfokuskan teh untuk masa hadapan dengan gaya hidup yang lebih sihat, BOH baru-baru ini telah mengeluarkan Imunitea, teh susu segera perisa Hazelnut pertama di Malaysia yang diperkaya dengan Wellmune®, beta glucan semulajadi terkemuka yang telah terbukti secara klinikal membantu menguatkan sistem imun.
Terkini BOH mempunyai tiga ladang teh di Cameron Highlands yang meliputi 1,000 hektar tanah pertanian yang subur. Secara kolektif, ladang teh BOH, Fairlie, dan Sungei Palas menghasilkan 2.8 juta kilogram teh setiap tahun. Secara keseluruhannya, 5.0 juta cawan teh BOH dihidangkan setiap hari.
Mengulas bagaimana BOH telah mengintegrasikan kelestarian ke dalam keseluruhan operasinya, Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, menjelaskan,

Sebagai penanam teh yang bertanggungjawab, kami sentiasa berusaha untuk memahirkan lagi kepakaran kami dalam seni pembuatan teh. Seiring dedikasi ini, kami juga nekad untuk beroperasi tanpa merosakkan alam sekitar dan yang lebih penting, untuk menjana semula alam sekitar. Oleh itu, kami telah memulakan pelbagai inisiatif di seluruh operasi kami di mana semua ini menyokong janji BOH untuk terus mencorak masa depan yang lebih baik, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap Kelestarian (SustainabiliTEA) dan Komuniti (CommuniTEA).
Kira-kira 45% daripada tanah kita di Cameron Highlands terpelihara sebagai hutan. Ekosistem yang seimbang ini memelihara biodiversiti dan integriti tanah..
Antara amalan pertanian bertanggungjawab kami ialah dengan memilih hanya teh yang terbaik untuk penanaman, menanam tumbuhan anti-perosak untuk mengurangkan kebergantungan kepada racun serangga dan menanam rumput untuk menguatkan lagi tanah bagi mencegah hakisan.
Selain itu, di pusat-pusat teh kami yang juga merupakan destinasi pelancongan popular, kami menggunakan straw kertas biodegradasi dan beg oksodegradasi manakala sisa makanan dikomposkan menjadi baja.
Kami secara beransur-ansur menukar semua pembungkusan kami kepada bahan yang boleh dikitar semula dan terbiodegradasi serta menggunakan kertas yang disahkan oleh Forest Stewardship Council Hutan (FSC) yang diperolehi dari hutan yang diurus dengan bertanggungjawab.
Panel solar yang dipasang di kilang-kilang kami juga menyediakan tenaga solar untuk mengurangkan kebergantungan kami kepada bahan bakar fosil dan mengurangkan pelepasan karbon dioksidaBOH Wish Tree
Salah satu tarikan kepada sambutan ulang tahun ke 95 ialah inisiatif BOH Wish Tree. Para pengunjung dijemput untuk menulis buah fikiran mereka tentang bagaimana mereka boleh bersama-sama BOH dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk Bumi kita.
Untuk setiap ‘wish card’ yang diterima, BOH akan menyumbangkan RM 20 kepada Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) untuk menyokong usaha-usaha Biodiversiti Bandar. BOH menjangkakan untuk mengumpul 1,000 kad dan akan membuat sumbangan keseluruhan sebanyak RM 20,000 untuk membiayai pengumpulan kira-kira 500 anak benih baru. Anak benih ini akan disemai oleh TRCRC untuk aktiviti menanam pokok di masa depan, demi meningkatkan biodiversiti bandar.
Para peserta juga berpeluang untuk menghadiri bengkel pendidikan dan praktikal ‘Caring for Our Forest’ yang ditaja sepenuhnya. Ini akan diadakan di Elmina Rainforest Knowledge Centre TRCRC di Shah Alam pada Sabtu, 5 Oktober 2024, sempena Hari Habitat Sedunia 2024. Mereka juga berpeluang untuk melaksanakan pemindahan anak benih.
Fazura X BOH
Sementara itu, duta jenama BOH, Fazura, telah melancarkan koleksi tudung terbaru Tudung Fazura, yang direka khas untuk Ulang Tahun ke-95 BOH. Sementara itu, Azira Shafinaz pula akan membuat penampilan pada 20 Julai dengan persembahan cukup istimewa.
Cantik-cantik tudung yang diperkenalkan. Corak dan elemen daun teh yang banyak digunakan memang menjadi tarikan!
Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aktiviti dan permainan menarik dianjurkan untuk penglibatan komuniti. Jadi, ayuh kunjungi beramai-ramai dan sertai keseronokan ini. Ketahui lanjut bagaimana BOH melanjutkan usaha supaya dapat bru untuk masa hadapan. Mari kita mencorak masa depan yang lebih cerah.
Ikuti laman web BOH bohtea.com dan platform media sosial - Facebook, Instagram and TikTok.
#BOH
#BOHTea
#BrewingForTomorrow
#BOH95thAnniversary
Ikuti laman web BOH bohtea.com dan platform media sosial - Facebook, Instagram and TikTok.
#BOH
#BOHTea
#BrewingForTomorrow
#BOH95thAnniversary
Sambutan BOH ‘95 dan Bru Untuk Masa Hadapan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 18, 2024
Rating:
cantiknya bekas teh tu, warna favorite pulak tu. Menarik jugak idea wish tree sebab ramai yang boleh participate dengan csr BOH.
ReplyDelete