Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition Peranti Mesra Kanak-Kanak Yang Menyokong Persekitaran Digital Yang Selamat

Sememangnya penggunaan teknologi semakin berkembang pesat pada hari ini. Penggunaan teknologi bukan sahaja untuk golongan dewasa bahkan kanak-kanak juga. Tidak dinafikan dalam era digital hari ini, kanak-kanak juga semakin terdedah kepada teknologi pada usia muda dan kerap menghabiskan masa bersama peranti digital.


Teknologi sebenarnya banyak membantu dalam bidang pendidikan. Ini terutama dalam membantu penguasaan kosa kata, interaktif melalui aktiviti seni dan pelbagai lagi. Namun begitu penggunaan yang kerap oleh kanak-kanak juga boleh mendatangkan kebimbangan kepada ibubapa terutama dari segi tempoh masa lama bersama skrin dan juga faktor keselamatan bila berada di atas talian.

Dan Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition direka bentuk untuk menjadi platform yang selamat dalam membantu anak-anak belajar, meneroka, dan merekacipta.

Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition  Untuk Anak
Melihat kepada perkembangan positif penggunaan peranti dalam dunia pendidikan, saya telah mendapatkan Galaxy Tab A9 Kid Edition dari Samsung. Ianya adalah tab yang mesra kanak-kanak dan paling penting menyokong persekitaran digital yang selamat . Pada masa yang sama turut diperkenalkan ciri kawalan termaju bagi memudahkan ibu bapa mengawal penggunaan gadget oleh anak-anak mereka dalam keadaan tenang.


Ciri kawalan ini juga dapat mengelakkan kanak-kanak daripada mengakses kandungan yang tidak sesuai dengan usia mereka  Ibu bapa boleh mencipta profil untuk anak khusus untuk tetapan mereka. Dengan ciri ini, ibu bapa boleh menetapkan skrin tertentu seperti had masa penggunaan, hadkan akses kepada aplikasi tertentu dan pada masa yangs ama dapat pantau aktiviti dalam talian. 



Sebagai contoh, saya telah tetapkan hanya satu jam penggunaan aplikasi permainan setiap hari. Saya juga menyekat akses ke laman media sosial. Saya suka melihat perkembangan positif anak saya bersama  Samsung Galaxy Tab A9 Kid Edition yang boleh membantu mengilap bakatnya dalam bidang seni seperti melukis dan mewarna.

Tab yang sangat sesuai untuk anak-anak berakyiviti.

Yup!  Anak saya paling teruja dengan  aplikasi yang ditawarkan khas untuk Samsung Kids esklusif di Galaxy Tab A9 Kids Edition. Banyak sangat aplikasi edutainemt yang terbaik dan menarik.


Bermain permainan interaktif bukan sahaja menghiburkan bahkan dapat membantu meningkatkan kecekapan dalam menyelesaikan tugasan dan pelbagai lagi. Paling penting permainan interaktif ini juga dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata didalam Bahasa Inggeris. Begitu juga dengan subjek yang berkaitan dengan Sains dan Matematik.

Pelbagai aplikasi ediutainment yang menarik

Menawarkan paparan 8.7 inci dan bateri 5,100 mAh, menudahkan anak-anak melihat kandungan pendidikan dengan selesa dan selamat. Selain itu dengan adanya ciri-ciri kawalan ibu bapa boleh mengurus masa skrin dengan berkesan sekaligus membantu anak- anak mengekalkan keseimbangan yang sihat antara aktiviti digital dan luar talian

Crayon Stylus

Peralatan yang didatangkan bersama seperti crayon stick ini cukup menari,/ Selain daripada saiznya yang kecil. Rekaan ergonomiknya juga sesuai untuk saiz tangan anak-anak.

Dapatkan Samsung Galaxy Tab A9 Kid Edition
Jangan lupa untuk dapatkan Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition pada harga RM799 sahaja dan berluang mendapat hadiah percuma bernilai keseluruhan RM300 seperti Crayon Stylus, Kids Puffy Case, 15W Travel Adapter dan stickers comel. 

Crayon Stylus, Kids Puffy Case, 15W Travel Adapter

Stickers yang comel


Item edisi khas ini hanya tersedia mulai 1 April dan seterusnya (selagi stok masih ada). Dapatkan Galaxy A9 Kids Edition di :-
https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab- a9/beli/



1 comment:

  1. pipes factories in Egypt are marked with relevant information, such as size, pressure rating, and manufacturer details, using inkjet or laser printers. After cooling, the pipe is cut into specified lengths using automatic cutting machines. The length can vary depending on the application and customer requirements.

    ReplyDelete

Sharing is caring...