AFTER RACE FEST Bersempena PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2024

Semarakkan lagi keseronokan MotoGPTM dengan menonton After Race Fest. selepas perlumbaan. Apatah untuk tahun 2024 Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) menyambut Ulang Tahun yang ke-25

Acara AFTER RACE FEST akan diadakan di lokasi yang menarik iaitu di Helipad di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, pada 3 November. Acara ini akan bermula dari jam 4 petang hingga tengah malam.


Rakan kongsi strategik  HIFIVE Entertainment telah memilih penghibur antarabangsa dan tempatan yang memenuhi piawaian penutupan klimaks MotoGPTM. Acara ini menampilkan kurang daripada 10 penghibur pelbagai genre muzik seperti rap, rock, dan pop.  Pilihan artis adalah memenuhi citarasa peminat muzik global dan tempatan.


Menyedari bahawa peserta MotoGPTM terdiri daripada peminat pelbagai latar belakang dari seluruh dunia, HIFIVE Entertainment dengan bangganya membawakan band tersohor lewat 90-an, Smash Mouth.


Dengan pelbagai lagu hits yang popular kumpulan yang terdiri daripada lima ahli ini dijangka membuat persembahan lagu-lagu popular mereka termasuklah All Star, Walkin’ On The Sun dan So Insane.

Selain itu, penyanyi rap Macklemore turut memperkenalkan single Hinds Hall sebagai tanda sokongan kepada Palestin.


Smash Mouth dan Macklemore juga akan disertai penghibur popular yang lain seperti Nidji dan Feel Koplo (Indonesia), 6ixth Sense, dan DE FAM dalam Barisan Fasa 1, yang akan melengkapkan intipati parti di AFTER RACE FEST. Untuk Barisan Fasa 2 akan diumumkan pada bulan September.
Rasanya tidak lengkap sekiranya perlumbaan MotoGPTM berakhir tanpa sambutan untuk pengunjung. Justeru, kami dengan bangganya mempersembahkan AFTER RACE FEST bukan sahaja sebagai satu bentuk hiburan, tetapi sebagai sambutan kepada pengunjung dari seluruh dunia dengan pelbagai aktiviti termasuk pertunjukan dron dan bunga api sebagai tanda kejayaan acara
kata Sean Pereira, Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment.

Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, berkongsi kegembiraannya: 
Kami sangat teruja untuk menandakan 25 tahun sejak kami mula diperkenalkan pada tahun 1999. Terima kasih kepada HIFIVE Entertainment kerana sudi bekerjasama dengan kami untuk memeriahkan lagi smabutan ini. Kami ingin semua orang menyertai perlumbaan MotoGPTM dan menikmati konsert sebelum pulang. Akan ada tiket festival early bird, eksklusif untuk peminat MotoGPTM Malaysia pada harga hanya RM500. Ianya tersedia mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2024.
Bermula jam 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menikmati persembahan awal bersama Feel Koplo & DE FAM seterusnya Nidji dan 6ixth Sense dan Segmen Tribute akan menampilkan Macklemore sebelum Smash Mouth menggegarkan Segmen Let's Rock . Manakala Grooving & Party akan diumumkan pada bulan September.

Jangan ketinggalan untuk menyertai AFTER RACE FEST di Helipad Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada 3 November, kerana ia bukan sahaja mengenai hiburan tetapi pengalaman unik yang ditawarkan oleh penganjur acara ini.

AFTER RACE FEST DAN INFO TIKET MotoGPTM MALAYSIA 2024
* Early Bird (20hb - 31 OGOS) - Beli mana-mana tiket MotoGPTM dengan tambahan harga AFTER RACE FEST RM500 (tidak termasuk cukai 8%).

* Harga Tambahan Biasa (MULAI 1 SEPTEMBER) - Beli mana-mana tiket MotoGPTM dengan tambahan harga tiket AFTER RACE FEST RM600 (tidak termasuk cukai 8%).

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...