Kempen “Fun for All” M&M’S®

M&M’S® meningkatkan tahap keseronokan kempennya "Fun for All" yang akan berlangsung sepanjang tahun ini. Melalui kempen ini, M&M’S® mengukuhkan komitmennya untuk memastikan setiap individu merasa diri mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang istimewa. Dengan legasi selama 80 tahun dalam mencipta detik-detik kebahagiaan melalui keseronokan, M&M’S® kekal komited untuk mengeratkan hubungan antara orang ramai dan memupuk kebersamaan.

Kempen “Fun for All” M&M’S® yang dilancarkan pada Januari tahun ini telah secara aktif menarik minat pengguna di tujuh pasaran di Asia menerusi siri aktiviti dalam dan luar talian yang dijalankan, menjadikan keseronokan yang ditawarkan dapat dinikmati oleh semua orang, memastikan ia inklusif untuk semua.


Di Malaysia, peminat M&M’S® kini boleh mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Ogos di Centre Court Aras Bawah, Main Concourse, One Utama (berdekatan Cotton On), di mana M&M’S® menjanjikan pengalaman imersif yang seiring dengan tujuannya dalam mewujudkan dunia penuh keriangan.

Direka khas untuk rakyat Malaysia berinteraksi dalam suasana interaktif, M&M’S® bersedia untuk membawakan keriangan melalui pelbagai aktiviti menyeronokkan yang akan menguji kekuatan serta kebolehan mengatasi pihak lawan mereka, di samping mencipta memori bersama rakan-rakan dan ahli keluarga! 


Antara permainan menarik yang menanti rakyat Malaysia termasuk “Candy Flip” untuk individu yang ingin beradu tenaga bersama rakan-rakan atau ahli keluarga dalam perlawanan 1 sama 1 atau 2 sama 2. Para pemenang berpeluang untuk menebus baucar bernilai sehingga RM8,000 dari jenama-jenama seperti JD Sports, Uniqlo, Watsons, Grab, Aeon dan banyak lagi.



Bukan itu sahaja - pengunjung yang melengkapkan kesemua tiga permainan mini di zon Free-to-Play oleh M&M’S® boleh menerima pencuci mulut istimewa dalam bentuk ais krim atau coklat dari M&M’S®, sementara stok masih ada.


Kunjungi laman Facebook M&M’S® untuk maklumat terkini mengenai pengalaman fizikal eksklusif ini. Peminat juga boleh membeli-belah di Kedai Shopee dan Lazada rasmi Mars Wrigley Malaysia dan kongsi detik-detik keseronokan harian mereka!
Kempen “Fun for All” M&M’S® Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 11, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.