Terkini Lavazza memperkenalkan rangkaian Lavazza Capsules yang sesuai digunakan dengan mesin Nespresso. Lavazza Capsules didatangkan dengan aroma istimewa dan rasa campuran yang digemari ramai.
Antara capsules Lavazza seperti Crema E Gusto Classico, ¡Tierra! dan Qualità Rossa. Capsule ini menjadikannya lebih mudah untuk menikmati kopi Lavazza kegemaran pada bila-bila masa sahaja. Caranya dengan hanya masukkannya ke dalam mesin Nespresso dan nikmati rasa Itali terbaik dan asli.
Gedung Pop Up di Mid Valley
Untuk meraikan pelancaran produk terbaharu ini, Lavazza telah mentransformasi Center Court Mid Valley Megamall kepada Gedung Pop-Up. Ianya terbuka untuk pengunjung selama 7 hari iaitu bermula dari 19 hingga 25 Ogos 2024. Gedung Pop-Up yang tampil dengan dekorasi penuh ceria dengan replika Lavazza Capsules baharu bersaiz gergasi dalam aneka warna iairu rona merah, biru, hijau dan kuning.
Persediaan visual yang menarik ini turut menampilkan dinding foto yang sesuai untuk bergambar. Apatah lagi ianya diterangi dengan lampu neon serta permainan interaktif yang menyeronokkan. Pengunjung juga boleh memenangi barangan eksklusif Lavazza dan diskaun istimewa untuk semua produk Lavazza. Ini termasuk capsules, Biji Kopi, Serbuk Kopi dan Kopi Segera.
Pencinta kopi juga jangan lupa untuk menikmati "Coffeetails" yang sangat unik iaitu minuman kopi istimewa yang dihasilkan oleh barista berpengalaman.
Antara promosi yang sangat berbaloi di sini seperti:-
• Beli 3 kotak atau belanja RM60 ke atas untuk peluang menang dalam permainan Plinko.
• Beli 8 kotak atau belanja RM170 dan ke atas untuk menerima Pemegang Kapsul atau Penapis Kopi percuma dan peluang untuk menangi hadiah daripada Lavazza Claw Machine.
Acara pelancaran produk terbaru Lavazza telah diadakan pada 20 Ogos 2024 dan telah disempurnakan oleh Mr. Phillip, Pengarah Jualan Serantau Lavazza, bersama-sama Miss Annabelle dari Lavazza Singapore & Shanghai, serta Alicia Wong dari Dankoff Malaysia. Acara perasmian telah berlansung dalam suasana cukup sederhana tetapi meriah di Gedung Pop Up Mid Valley.
Selain itu, majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh wakil AIT Fine Food, wakil Aeon Malaysia, selebriti dan pempengaruh tempatan seperti Nana Sheme, Yazmin Aziz, dan Fiera Affendi serta rakan-rakan media.
QUALITÀ ROSSA
iTIERRA!
Crema Agusto
Pengenalan rangkaian Capsule baharu Lavazza ini diharap menjadi titik tolak dalam mengukuhkan hubungan jenama ini dengan penggemar kopi di seluruh Malaysia. Sama ada ritual pagi memulakan hari atau temujanji istimewa di waktu petang, Lavazza Capsules sedia untuk menjadi teman sejati untuk setiap penggemar kopi.
Sedikit Info Tentang Lavazza
Lavazza diasaskan di Turin pada tahun 1895, dimiliki oleh keluarga Lavazza selama empat generasi. Hari ini Lavazza Group adalah salah satu syarikat terkemuka di dunia kopi global, dengan perolehan lebih € 3 bilion dan portfolio jenama terkemuka yang menerajui pasaran, seperti Lavazza, Carte Noire, Merrild dan Kicking Horse.
Kumpulan ini aktif dalam semua sektor perniagaan dan beroperasi di 140 pasaran. Ini adalah hasil daripada pertumbuhan hampir 130 tahun dan lebih daripada 30 bilion cawan kopi Lavazza yang dihasilkan setiap tahun. Kejayaan yang luar biasa adalah hasil daripada matlamat untuk terus menawarkan hanya kopi yang terbaik, dalam semua bentuk, dengan memberi tumpuan kepada setiap aspek rantaian bekalan, daripada pemilihan bahan mentah sehinggalah kepada produk yang tersedia untuk dinikmati.
Kumpulan Lavazza telah merevolusikan budaya kopi dengan melabur secara berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan: daripada permulaan kejayaan awal syarikat bermula dari campuran kopi kepada espresso pertama yang dinikmati di angkasa lepas dengan berpuluh-puluh paten perindustrian.
"Membangkitkan dunia yang lebih baik setiap pagi" adalah slogan korporat Kumpulan Lavazza, dengan matlamat untuk mencipta nilai yang mampan untuk para pemegang saham, kolaborator, pengguna dan komuniti di mana ia beroperasi, menggabungkan daya saing dengan tanggungjawab sosial dan alam sekitar.

Capsule Lavazza serasi dengan mesin Nespresso* Original
Kapsul Kopi Berkualiti Tinggi dengan Lavazza Capsules- sesuai dengan Mesin Nespresso* membolehkan anda menikmati aroma dan campuran istimewa yang hanya boleh anda dapati dengan kapsul kopi espresso kami.
Semua produk kapsul Lavazza kini boleh didapati di Malaysia tampil dengan campuran ikonik. Antara pilihan campuran ikonik untuk memenuhi citarasa berbeza semua pencinta kopi:
• Espresso Maestro Lungo: manis dan aromatik 100% arabika, dengan note bunga dan buah. "Lungo" bermaksud panjang. Panjang seperti deretan bunga ros di taman Itali, serta kedudukan negara itu yang terletak di atas laut. Rasa luarbiasa bunga dengan nota buah yang diadun oleh Master Blenders mencetuskan pengalaman kopi yang tiada tandingan.
• Espresso Maestro Classico: note bijirin, seimbang dengan sedikit keasidan dan rasa biskut. 100% Arabica dari Amerika Tengah dan Selatan. Mengambil inspirasi daripada bandar-bandar Itali yang meriah; pemilihan, pengadunan dan pemanggangan.

• Espresso Maestro Intenso: pedas dan penuh dengan note kayu dan rempah, koko ringan dengan rasa buah-buahan kering.
• Espresso Maestro Ristretto: pedas dengan note coklat dan karamel. Campuran seimbang Arabica dan Robusta. ‘Less is more’: nikmati betapa hebatnya pengalaman dalam secawan kopi.
• Qualità Oro: elegan, dengan note buah dan bunga. Arabika terbaik dari Amerika Tengah dan Selatan. Dipilih, diadun dan dipanggang dengan sempurna. Hasilnya ialah simfoni biji kopi arabika terbaik yang diperkaya dengan note buah dan bunga.
• Crema E Gusto Classico: Berkrim, dengan note coklat gelap dan rasa kayu dan rempah ratus. Pagi yang baik bermula dengan… Crema e gusto! Keseimbangan sempurna antara semangat dan keindahan pada waktu pagi.
• Qualità Rossa: Espresso lengkap dan seimbang, dengan rasa buah-buahan kering. Campuran seimbang Arabica dan Robusta. Nikmati kapsul yang merangkumi gaya hidup Itali.
• ¡Tierra! Untuk Planet: Biji kopi Arabika dengan nota biskut dan sedikit coklat.
Rasai capsule Lavazza pilihan dan terus menikmatinya bersama mesin kopi Nespresso* anda.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...