Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 Bagi Menghargai Veteran ATM

Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 Bagi Menghargai Veteran ATM- Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) melalui Yayasan Veteran ATM sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kepada para wira dan wirawati negara. Ini adalah selaras dengan slogan yang didukung selama ini iaitu Memperkasa Veteran Tanggungjawab Bersama. 


Untuk tahun ini JHEV ATM & Yayasan Veteran ATM kembali dengan acara tahunan mereka dengan menganjurkan Malam Amal Tabung Pahlawan 2024.

Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang
Bertemakan Meraikan Bintang, Metamorfosis Hadapan, Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 menjadi medan untuk membalas jasa  pengorbanan dan bakti para veteran ATM yang pernah menjaga keamanan serta kemakmuran negara diraikan.


Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang bakal diadakan pada 24 September 2024 di Dewan Perkasa Wisma Pervira ATM bermula pukul 8 sehingga 10.30 malam.

Objektif Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 mash sama seperti penganjuran tahun-tahun sebelumnya iaitu menyalur serta menyampaikan sumbangan kepada yang layak serta diraikan dalam suasana hangat apabila penyanyi jemputan menghiburkan tetamu yang dihormati.

Pelancaran Kad Veteran Digital 
Majlis Makan Malam Amal ini turut diadakan Pelancaran Kad Veteran Digital yang akan dirasmikan oleh YABhg Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail. Pengenalan kad digital ini adalah selaras dengan era transformasi digital dan kesedaran mengenai kepentingan pembudayaan pendigitalan dalam memacu ke arah organisasi berprestasi tinggi, JHEV ATM berhasrat untuk melaksanakan transformasi kad veteran ATM manual (kad plastik) kepada Kad Veteran Digital dengan pelbagai fungsi yang memberikan kebaikan dan faedah kepada keseluruhan warga veteran ATM.

Inisiatif ini mash dalam proses pembangunan dan dijangka akan diperkenalkan kepada para veteran ATM pada pelancaran Majlis Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan (KTP) pada 24 September 2024. Kad veteran digital akan dipaparkan dalam aplikasi mudah ali Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.
JHEV ATM & Yayasan Veteran ATM sangat berbesar hati kerana sekall lagi dapat melaksanakan penganjuran tahunan kami laitu Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang.
Majlis ini bertujuan bukan hanya untuk menyampaikan sumbangan dan menghargai pengorbanan serta bakti para Veteran ATM tetapi akan menjadi medan merapatkan silaturahim semua wira dan wirawati yang pernah berjuang mempertahankan negara dan mencapai keamanan yang kita nikmati sekarang.
Semua sumbangan yang diperoleh akan diagihkan kepada veteran ATM yang memerlukan sekaligus membantu mereka berjuang meneruskan kelangsungan hidup
Mejar Jeneral Dato' Zambery Jefry bin Haji Darus,  Ketua Pengarah JHEV

Penampilan Liza Hanim dan Datuk Jamal Abdillah
Bersama sumbangan yang akan disalurkan, pihak JHEV ATM & Yayasan Veteran ATM merancang untuk menjadikan suasana makan malam dengan hiburan terbaik demi meraikan sekitar 700 tetamu yang diundang.


Dua bintang tersohor negara iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Liza Hanim bakal menghiburkan dan menyantuni para veteran ATM dengan alunan merdu vokal mereka.

Jamal menyifatkan penglibatan melakukan persembahan pada majlis makan malam amal ini sebagai penghormatan buat para veteran ATM dan wira serta wirawati yang bergadai nyawa menjaga kedaulatan negara.

Liza Hanim pula terharu kerana bakal menghiburkan tetamu yang begitu istimewa bukan buat dirinya tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. 
Tentu saja saya dengan senang hati bersetuju untuk melakukan persembahan Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024.Mereka adalah bintang yang tidak akan pernah terpadam sinarnya kerana jasa, bakti serta pengorbanan yang diberikan kepada negara juga tidak akan terpadam. Untuk itu saya sangat berbesar hati menghiburkan para veteran ATM yang akan menghadiri majlis makan malam ini nanti. Harapan saya juga agar pihak penganjur meneruskan inisiatif serta usaha murni ini demi menjaga dan prihatin terhadap kelangsungan hidup para pejuang negara ini
ujar Liza

Aktif Mengumpul Dana
Sepanjang penubuhan, JHEV ATM & Yayasan Veteran ATM aktif mengumpul dana untuk tabung kecemasan bagi menyantuni para pejuang yang memerlukan yang mungkin tidak mendapat bantuan kerajaan dalam keadaan tertentu.

Antara initiatif Kutipan Tabung Pahlawan yang dilaksanakan adalah melalui surat-surat yang dihantar kepada syarikat dan rakan strategik, program-program Kempen Tabung Pahlawan, tabung yang diletakan di beberapa BHPetrol dan Jabatan/Kementerian dan juga sumbangan atas talian serta beberapa initiatif lain.

Jom Meriahkan Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024
Untuk Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 yang bakal berlangsung pada 24 September 2024 ini, sebanyak tiga jenis kategori meja dijual. 


Kategori meja yang dijual adalah 10 Perkasa bernilai RM50,000, 20 Perwira (RM20,000) dan 20 Pahlawan berharga RM10,000. 
Kami berharap agar lebih banyak dermawan yang menghulurkan sumbangan kepada Kempen Tabung Pahlawan ini supaya lebih besar jalur bantuan yang boleh diberikan kepada Veteran ATM yang memerlukan serta serba kekurangan. Veteran ATM adalah permata Malaysia yang telah memerah keringat demi mencapai kemerdekaan dan keselesaan yang kita nikmati sekarang. Sumbang sedikit tanda ingat, sumbang lebih tanda mampu.

 

Sebarang keterangan lanjut hubungi pihak sekreteriat Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 di talian 019 6576 127 (Adawiyah), 012 7398586 (Nur Indra Dini) atau emel ke sekreteriatTabungPahlawan@gmail.com.


Majlis Makan Malam Amal Meraikan Bintang 2024 Bagi Menghargai Veteran ATM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 06, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.