Menang Kereta Idaman Bersempena Ulangtahun AEON ke 40 Tahun

AEON dengan kerjasama EON telah menganjurkan Peraduan Pemberian Kereta Impian Bulanan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-40. Penganjuran peraduan yang cukup bermakna menandakan empat dekad lamanya AEON dan EON konsisten bersama-sama memenuhi keperluan masyarakat.

Untuk meraikan kejayaan ini, AEON dan EON telah bekerjasama menawarkan pelanggan AEON untuk membawa pulang kereta mewah melalui siri pemberian secara bulanan. Secara ringkas terdapat empat kereta ditawarkan yang mana 1 unit untuk setiap bulan.


Peraduan ini telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Ogos 2024, di AEON MALL Shah Alam. Pelancaran ini telah diserikan dengan kehadiran Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. dan juga Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad.

Ketika kami meraikan 40 tahun kehadiran AEON di Malaysia, kami teruja untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami yang telah menyokong kami selama ini. Bekerjasama dengan EON Berhad bersempena dengan genap 40 tahun dengan penganjuran Peraduan Pemberian Kereta Impian Bulanan yang luar biasa ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih. Inisiatif ini melambangkan lebih daripada 
kata Naoya Okada, MD AEON CO. (M) BHD.

Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, menambah, 


Kami gembira dapat bekerjasama dengan AEON untuk kali pertama pada majlis penting ini. Sebagai pengedar kenderaan terbesar di Malaysia pelbagai perkongsian ini menyediakan peluang yang baik untuk kami berkalaborasi dengan AEON. Kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan ulangtahun ke-40 dengan memberikan pelanggan AEON pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk memenangi hadiah yang ditawarkan iaitu kereta dari jenama yang paling dicari di Malaysia. Kami tidak sabar untuk melihat keseronokan dan kegembiraan pemenang yang dapat memandu pulang hadiah mereka.
Berlangsung dari 19 Ogos hingga 1 Disember 2024, peraduan ini menawarkan empat kereta yang sebanyak satu untuk setiap bulan: 
  • Mitsubishi Xpander dari 19 Ogos hingga 8 September 2024
  •  Audi Q8 e-tron dari 9 September hingga 6 Oktober 2024
  • Proton X90 Flagship dari 7 Oktober hingga 3 November 2024
  •  the smart#1 dari 4 November hingga 1 Disember 2024.


Cara menyertai sangat mudah buat Ahli AEON boleh memperoleh penyertaan secara automatik, manakala bukan ahli akan mendapat penyertaan dengan menyerahkan resit pembelian mereka. Pelanggan AEON akan menerima 1 penyertaan untuk setiap perbelanjaan RM40 pada hari bekerja atau 2 penyertaan untuk setiap perbelanjaan RM100 pada hujung minggu.

Selain itu dengan menggunakan AEON Wallet, Kad AEON atau Kad Debit-i AEON Bank akan mendapat tambahan 2 penyertaan bagi setiap RM100 yang dibelanjakan.

Penyertaan tambahan juga boleh diperoleh dengan membeli produk daripada jenama yang mengambil bahagian, termasuk Abbott, Julie's, Kewpie, F&N, Triumph, Nestle dan Wacoal (Dengan tambahan 1 penyertaan diberikan).


Untuk perbelanjaan RM200 di kedai penyewa AEON MALL, terhad kepada dua (2) gabungan tarikh yang sama resit, 1 penyertaan akan diberikan.

Pelanggan juga boleh meningkatkan peluang mereka untuk memenangi hadiah utama dengan memperoleh penyertaan bonus melalui penglibatan dalam aktiviti tambahan di produk dan perkhidmatan EON Berhad, butiran mengenai tambahan tersebut boleh diakses melalui kod QR pada poster promosi.

Peraduan menarik ini turut oleh rakan kongsi utama AEON – EON Berhad, AEON CreditPerkhidmatan, dan AEON Bank. Untuk butiran lanjut tentang Peraduan Pemberian Kereta Impian Bulanan, layari https://aeonretail.com.my/40thanniversary/dreamcargiveaway/

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...