Pameran Pelancongan Saudi telah diadakan bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan pelbagai hadiah, tawaran eksklusif dan peluang menerokai keindahan Arab Saudi!
Para pengunjung juga boleh terlibat dalam acara-acara kebudayaan seperti membuat Misbaha, melawat stesen Zamzam serta menonton persembahan hebat artis kebudayaan Arab Saudi.
Nikmati Tawaran Terbaik dengan 15 Pakej Menarik!
Terokai 15 pakej pengalaman destinasi baharu daripada 13 agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka Malaysia, di mana setiap satu menawarkan tawaran eksklusif untuk pengalaman menakjubkan meneroka Arab Saudi.
Nikmati Tawaran Terbaik dengan 15 Pakej Menarik!
Terokai 15 pakej pengalaman destinasi baharu daripada 13 agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka Malaysia, di mana setiap satu menawarkan tawaran eksklusif untuk pengalaman menakjubkan meneroka Arab Saudi.
Promosi istimewa ini termasuklah:
Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com) sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun istimewa sebanyak RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points.
Saudia memberikan tawaran beli satu tiket serta dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.
Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com) sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun istimewa sebanyak RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points.
Saudia memberikan tawaran beli satu tiket serta dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.
In Saff Travel membuka peluang untuk anda memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah bila anda membeli sebuah pakej.
Rayhar Travel menawarkan potongan RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke 5 bandar Arab Saudi - Jeddah, Mekah, Taif, Madinah and AlUla.
Apple Vacations memberikan diskaun untuk pelanggan awal sebanyak RM1,000 dan tambahan RM500 untuk setiap pelanggan.
Tabung Haji Travel Services (THTS) menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000.
Iman World memberikan diskaun RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk pakej F1 Jeddah baharu serta cabutan bertuah.
Pelancongan Fleksibel dengan ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’
Mengimpikan pengembaraan merentasi Arab Saudi tapi risaukan kosnya? Jangan bimbang! Banyak agensi pelancongan di Pameran Pelancongan Saudi menawarkan pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian membolehkan anda boleh merancang percutian impian anda tanpa rasa tertekan dengan kewangan. Nikmati pelan bayaran fleksibel kami dan jadikan angan-angan anda satu kenyataan!
Terokai keindahan Arab Saudi
Jeddah, pusat kebudayaan Arab Saudi, gabungan lama dan baharu yang menakjubkan. Lawati Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil melihat kemeriahan Corniche, dan singgahlah ke Al Alawi dan Souk Al Baghdadiyah yang sibuk dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.
Imbau kembali sejarah 1,400 tahun yang lalu dengan melangkah masuk ke Masjid Al Shafei, masjid tertua di Jeddah. Untuk rasai keenakan makanan tempatan, nikmati sajian lazat di AlSaedei Bakery, yang berusia 200 tahun dan terkenal dengan roti gandum penuhnya yang menyelerakan.
Untuk melalui pengalaman kontemporari, kunjungi teamLab Borderless Museum, yang terulung di Timur Tengah. Selami dunia berinteraktif dan paparan seni digital yang canggih untuk rasai pengalaman hebat, sekali dalam seumur hidup anda.
Kunjungi keindahan alam semula jadi Elephant Rock, dan alami pengalaman mendebarkan menyusuri gurun safari, dan nikmati kecantikan kem padang pasir bila tiba waktu malam. Menambah tarikan AlUla, di situ juga terletaknya dua Tempat Terhebat Dunia yang tersenarai dalam majalah TIME 2024: Dar Tantora The House Hotel dan Shaaran Nature Reserve, yang menawarkan tempat tinggal serta pengalaman menakjubkan untuk sesiapa sahaja yang mengunjunginya.
Jadikan Impian Anda ke Arab Saudi Suatu Realiti
Mengunjungi Arab Saudi kini lebih mudah, lancar dan selamat. Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan daripada tahun 2023 hingga 2024, termasuk perjalanan baharu Air Asia dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan perjalanan baharu Syarikat Penerbangan Malaysia dari Johor Bahru ke Madinah – penerbangan terus ke Arab Saudi yang pertama seumpamanya.
Selain dari melalui pintu utama yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL), menjadikan perjalanan untuk ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses. Inisiatif Visa semakin berkembang baik dengan program eVIsa yang kini meliputi 66 buah negara. Rakyat Malaysia boleh menggunakan peluang menggunakan 96-jam Visa Persinggahan percuma atau pilih untuk pengesahan eVisa, yang sah sehingga 90 hari. Visa untuk perniagaan dan ibadah Umrah turut tersedia.
Untuk meningkatkan akses dan keterhubungan, kapasiti penerbangan juga telah meningkat di seluruh Air Asia X, Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air, dan SAUDIA, dengan penerbangan terus ke Jeddah, Madinah, Taif, dan Dammam juga kini telah tersedia.
Untuk maklumat lanjut, log masuk ke VisitSaudi.
Untuk melihat imej destinasi menarik Arab Saudi, sila klik di sini.
Untuk maklumat lanjut, log masuk ke VisitSaudi.
Untuk melihat imej destinasi menarik Arab Saudi, sila klik di sini.
This event sounds incredible! 🎉 It’s great to see Saudi culture celebrated alongside Malaysia's Independence Day. The activities and travel packages with amazing discounts are really enticing! As a student, I often seek Custom Assignment Writers to help with my studies, but this exhibition inspires me to explore Jeddah and AlUla’s beauty and history. Thanks for sharing this fantastic exhibition!
ReplyDelete