Set Kari Kepala Ikan dan Itik Salai Masak Lemak di Hotel Armada Petaling Jaya
Masakan kari dan gulai masak lemak antara hidangan yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia. Tidak kira bangsa, agama dan usia, semuanya sukakan hidangan ini. Jika biasanya kita nikmati kedua hidangan ini di kedai mamak mahupun kedai masakan melayu, apa kata kita rasai hidangan ini yang disediakan secara esklusif oleh chef hotel pula.
Ranggup sememangnya sangat sedap. ada aroma kari sedikit. paling penting tekstur daging ayam sangat lembut.
Penggemar udang tidak akan menolak hidangan ini. Sambal yang cukup rasa bersama udang bersaiz XL yang segar. Isi udang sangat lembut.
Untuk info semua, Utara Restaurant di Hotel Armada Petaling Jaya sekarang ini ada menawarkan hidangan tradisi masyarakat Malaysia iaitu Kari Kepala Ikan dan juga Itik Salai Masak Lemak. Didatangkan dalam set yang berharga RM68 yang boleh dinikmati 2 orang.
Set Kari Kepala Ikan
Untuk set Kari Kepala Ikan kita boleh pilih samada ikan merah ataupun ikan salmon. Rempah kari dengan campuran terbaik, cukup pedas bersama dengan kepekatan santan yang tidak mengecewakan dari segi rasa memang cukup sempurna.
Di dalam set ini juga didatangkan bersama 2 nasi putih, papadom dan juga chutney nenas.
Set kari kepala ikan ini juga enak dinikmati bersama Kobis Goreng "Ala Mamak", Keropok Ikan Terengganu, Telur Dadar Bawang, Cili Merah "Ranggup", Ayam Goreng Berempah dan juga "Grandma's" Sambal Udang.
Ayam Goreng Berempah
Ranggup sememangnya sangat sedap. ada aroma kari sedikit. paling penting tekstur daging ayam sangat lembut.
"Grandma's" Sambal Udang
Telur Dadar Bawang
Lauk kari kalau ditambah dengan telur dadar memang lagi mantap. apatah lagi telur dadar ditambah dengan hirisan cili serta bawang.
Peria Goreng Ala Mamak
Ini adalah feveret saya. Peria berempah digoreng garing. kalau nikmati ketika panas-panas lagi sedap rasanya.
Kobis Goreng Ala Mamak
Pelengkap kepada hidangan nasi berlauk kari. Bila ada sayur barulah kita katakan sebagai hidangan seimbang.
Set Itik Salai Masak Lemak
Set ini didatangkan bersama 2 nasi putih, ulam-ulaman, sambal belacan dan telur masin. Saya cukup sukakan hidangan daging itik salai di sini. Ada aroma 'smoked' dan paling penting tidak berbau. Sedap biarpun isi pejal tetapi sangat lembut.
Set ini ditawarkan pada harga RM68 per set.
Saya sudah mencuba, anda bila lagi. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi Utara Restaurant
(03) 7954 6888 ext.4557
Set Kari Kepala Ikan dan Itik Salai Masak Lemak di Hotel Armada Petaling Jaya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 20, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...