Perancangan Ke Pasaran Antabangsa
Sebagai pengedar produk daging yang telah lama bertapak kukuh di seluruh Malaysia, FNF Golden Gate yang berpangkalan di Perlis mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan memperkenalkan Hamid's Gourmet yang bukan hanya menyasarkan pasaran di Malaysia bahkan ke peringkat antarabangsa. Ini terutamanya di negara Eropoh yang mempunyai penduduk muslim yang sentiasa mencari bekalan daging yang halal.
Pengarah FNF Golden Gate, Ali Imran Bin Che Ahmad Shakri berkata, jenama Hamid's Gourmet dijangka mempelbagaikan lagi penawaran syarikat dan pada masa yang sama menumpukan kepada pasaran luar negara.
Pengenalan produk daging sedia dimakan itu katanya juga sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk mengimbangi jumlah import daging ke Malaysia dengan membina laluan eksport yang kukuh bagi produk daging tempatan.
Pihak pengurusan FNF Golden Gate katanya percaya bahawa dengan potensi eksport yang besar, produk tempatan seperti Hamid's Gourmet boleh memberi impak positif dalam pasaran antarabangsa.
Tujuan kami melalui Hamid's Gourmet adalah untuk menembusi pasaran eksport dan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai pengimport daging, tetapi juga sebagai pengeksport yang berjaya.
Kami ingin memastikan produk daging tempatan mendapat tempat di pasaran global. Pada masa sama ingin mengurangkan kebergantungan negara kepada importMenawarkan Kualiti Terbaik
Memahami kehendak pasaran hari ini yang mana pelanggan memilih untuk gaya hidup mudah dan praktikal. Produk daging sedia di makan (ready to eat) diperkenalkan bagi memenuhi kehendak pelanggan, Kepelbagaian produk sedia di makan (ready to eat) yang cukup enak dan boleh dinikmati pada bila-bila masa dan d imana jua.
Syarikat turut yakin bahawa Hamid's Gourmet akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan industri daging tempatan di arena antarabangsa. Pihak pengurusan Hamid's Gourmet juga telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pembeli berpotensi dari luar negara. Menerusi beberapa siri perbincangan ternyata produk Hamid's Gourmet dapat menarik minat pembeli untuk menjalin kerjasama.
Lembu Tempatan Menjadi Pilihan
FNF Golden Gate juga komited dalam menggunakan sepenuhnya lembu tempatan dengan menjalin kerjasama dengan penternak tempatan selain mengusahakan ladang ternakan lembu. Ini sekaligus dapat mengimbangi keperluan mengimport produk daging dari luar negara memandangkan inisiatif kerajaan juga ketika ini menggalakkan pengusaha tempatan untuk menceburui bidang agro selain memberikan sekuriti makanan kepada negara.
Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyasarkan sebanyak 100,000 tan metrik pengeluaran daging tempatan menjelang 2030. Negara juga memerlukan 200,000 tan metrik daging lembu setahun bagi keperluan rakyat dan masih perlu mengimport 80 peratus daging bagi memenuhi permintaan rakyat.
Peluang Kerjaya Untuk Penduduk Tempatan
Selain itu, dengan adanya Hamid's Gourmet, ia turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekitar Perlis melalui kilang pemprosesan produk sedia untuk dimakan itu.
Pada 2023, FNF Golden Gate telah mencatatkan pendapatan melebihi RM100 juta dan kini menyasarkan untuk mencapai pendapatan lebih daripada RM150 juta menjelang akhir 2024, dengan langkah-langkah strategik dan pelancaran jenama baharu.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...