LEBIH 50,000 RAKYAT MALAYSIA MENIKMATI MINUMAN SUSU TEPUNG FERNLEAF FAMILY COKLAT BAHARU SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, Fernleaf, jenama Susu Tepung Keluarga No.1 di Malaysia, dengan bangganya menyajikan minuman Susu Tepung Fernleaf Family Coklat baharunya kepada lebih 50,000 rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini. Tema Hari Kebangsaan tahun ini, 'Jiwa Merdeka', mencerminkan semangat gigih dan kebebasan rakyat Malaysia —semangat yang disokong oleh Fernleaf selama lebih 40 tahun dengan menyajikan susu dari New Zealand untuk keluarga di Malaysia.


Untuk beberapa generasi, Fernleaf adalah jenama yang dipercayai oleh jutaan rumah tangga di Malaysia, menghidangkan produk tenusu berkualiti tinggi yang menjadi sebahagian penting dalam kehidupan keluarga. Susu Tepung Fernleaf Family Coklat yang baru bukan sahaja menawarkan rasa yang kaya dan sedap tetapi juga diperkayakan dengan nutrien dan vitamin penting, memastikan sekeluarga dapat menikmati hidangan yang lazat dan berkhasiat yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan mereka.

"Fernleaf sentiasa lebih daripada sekadar menyediakan susu; ia menyokong kesihatan dan kebahagiaan keluarga di Malaysia," kata Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia dan Singapura. "Pada Hari Kebangsaan ini, sambil kita meraikan ‘Jiwa Merdeka,’ kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada sambutan yang begitu bermakna kepada setiap warga Malaysia untuk berkongsi Minuman Susu Tepung Fernleaf Family Coklat yang baharu ini dengan begitu ramai rakyat Malaysia. Ini adalah cara kami menyumbang kepada semangat perpaduan dan kebebasan negara, satu hirupan berkhasiat pada satu masa."


Dengan menyertai sambutan 'Jiwa Merdeka' tahun ini, Fernleaf mengukuhkan lagi dedikasinya untuk memperkayakan kehidupan keluarga Malaysia, selaras dengan semangat kemerdekaan dan perpaduan yang dilambangkan oleh hari ini. Fernleaf terus teguh dengan janjinya untuk terus membekalkan dan menyokong keluarga pemakanan yang berkhasiat, hari ini dan untuk generasi akan datang, menghayati inti pati 'Jiwa Merdeka' dalam setiap hirupan.

Sempena Hari Kebangsaan, Fernleaf menawarkan diskaun khas RM5 untuk produk Fernleaf Family Chocolate Milk Powder yang baru dilancarkan dari 31 Ogos sehingga 1 September 2024 di Shopee. Promosi ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka selama ini. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman Facebook Fernleaf Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Fernleaf dan rangkaian produk tenusunya, sila layari laman Facebook Fernleaf Malaysia (https://www.facebook.com/fernleafmalaysia

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...