Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Panasonic untuk menangani kebimbangan berterusan mengenai tahap kebersihan tandas sekolah. Selain itu, pendekatan Panasonic juga adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan yang holistik, selaras dengan visi korporat dan slogannya “Create Today. Enrich Tomorrow.” bagi mewujudkan persekitaran masa depan yang lebih bersih dan sihat untuk semua rakyat Malaysia.
Majlis pelancaran kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria” disempurnakan oleh Encik Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sentul 2, Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria” disempurnakan oleh Encik Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sentul 2, Kuala Lumpur.
“Kami sangat teruja untuk melancarkan inisiatif ini yang diwujudkan dengan sokongan Kementerian Pendidikan bagi memupuk tabiat lebih sihat dan bersih dalam kalangan murid sekolah sebagaimana identiti Panasonic berakar umbi dalam budaya Jepun.
Salah satu daripadanya ialah memberi penekanan kepada amalan kebersihan, yang menggalakkan aspek kebersihan yang lebih baik, mengurangkan penularan penyakit serta meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.
Lebih penting lagi, dengan menerapkan piawaian kebersihan yang baik sejak dari awal lagi, kita dapat memperkasakan kanak-kanak untuk bersikap lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan mereka sendiri dan menyumbang ke arah memastikan ruang yang lebih bersih dan sihat untuk diri mereka sendiri serta orang lain,” kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.
Panasonic turut mengadakan bengkel bermaklumat dan menarik bagi mendidik pelajar tentang kepentingan kebersihan serta amalan penggunaan tandas yang baik. Bengkel ini dibentuk berlandaskan aktiviti yang menarik bagi memastikan pelajar membuat persediaan rapi untuk menjalani kehidupan di luar bilik darjah, seterusnya membentuk mereka ke arah mengamalkan gaya hidup bersih.
Panasonic juga mengedarkan bahan pembelajaran, termasuk poster yang menekankan aspek mesra alam serta amalan kebersihan dan keselesaan tandas dengan tumpuan khusus pada penggunaan bidet.
Bidet yang dipasang di bawah inisitif ini adalah Konsep Bidet AR15 Panasonic, yang menawarkan pengalaman mencuci tanpa kerumitan dan dipertingkatkan dengan fungsi anti-bakteria Ag+ pada tempat duduk yang dapat membasmi sehingga 99%* bakteria pada permukaan tempat duduk. Penggunaan produk ini dapat menyumbang kepada persekitaran tandas yang lebih bersih dan selesa.
Untuk maklumat lanjut tentang bidet yang digunakan dalam inisiatif ini, sila layari DL-AR15D Bidet – Panasonic Malaysia dan DL-AR15R Bidet – Panasonic Malaysia. Bidet boleh dibeli dalam talian melalui Hygienic EzyClean DL-AR15DWM – D-Shape (panasonic.com) and Hygienic EzyClean DL-AR15RWM – Round Shape (panasonic.com).

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...