Piknik Di Hujung Minggu Bersama ZC Yakitori City Walk I-City Shah Alam

Jom berpiknik sambil meikmati pemandangan cantik i-city di waktu malam bersama ZC Yakitori. Untuk info ZC Yakitori adalah di bawah ZC Hot Pot yang cukup popular sebagai restoran yang menawarkan buffet Eat All You Can dengan menawarkan hidangan BBQ Grill dan juga juga hotpot.


Mula diperkenalkan pada13 September 2024 yang mana pengunjung boleh berpiknik bersama ZC Yakitori di Level UG, Rose Garden, Block C, City Walk I-City. Ianya adalah di bangunan yang sama ZC Hot Pot.  ZC Yakitori hanya akan diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.




Terdapat pelbagai pilihan shabu-shabu yang ditawarkan samada kita dapatkan secara ala carte ataupun menerusi set pakej. Untuk set pakej kita boleh masak-masak sendiri di atas dapur kecil yang disediakan. 



Hidangan yang ditawarkan semua adalah daripada bahan-bahan premium dan berkualiti. Dimasak menggunakan teknik tertentu dan pastinya akan memberi pengalaman yang unik kepada setiap orang yang menikmatinya. Sememangnya sangat berbaloi dengan rasa dan suasana sekitar sepanjang berpiknik bersama ZC Yakitori .



Disediakan juga tempat duduk dan meja pikinik sesuai dengan tema yang diperkenalkan piknik secara santai. Paling mengujakan bukan sahaja kita boleh makan-makan sambil berpiknik bahkan kita juga akan dihiburkan dengan persembahan busker.



Sedikit Info Tentang ZC Hot Pot
Makanlah puas-puas semahunya asalkan jangan membazir.Yup, jika korang ingin menikmati hidangan BBQ Gril dan juga hotpot, bolehlah datang ke ZC Hot Pot Shah Alam. Ada pelbagai pilihan makanan menarik yang boleh kita rasai sendiri. Apa yang penting daging perap pelbagai perisa korang boleh cuba dan ianya free flow.


Untuk ZC Hot Pot Shah Alam ini memang sesuai untuk dijadikan lokasi gathering atau majlis keraian memandangkan ianya menyediakan bilik-bilik privasi dengan peralatan karaoke. Begitu juga ruang makan di bahagian luar agak luas dan selesa.


Untuk sup ada 8 jenis pilihan tetapi paling direkomen untuk anda mecuba sup mala, sup cendawan, sup tomyam dan sup ZC. Tapi secara personal saya cukup sukakan sup mala di ZC Hot Pot, sangat sedap!




Selain daging perap turut ditawarkandaging premium seperti wagyu. Begitu juga dengan hidupan laut yang segar seperti lala, udang dan pelbagai lagi, ada juga di sini. Makanan bergoreng seperti nasi dan bihun goreng, nugget dan kentang goreng antara hidangan sampingan yang boleh kita nikmati. 



ZC Hotpot @ I-City Shah Alam
C01-01—05,First floor, CentralWalk, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:  11am – 11pm

 
Piknik Di Hujung Minggu Bersama ZC Yakitori City Walk I-City Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 19, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.