Vaksin Kayap GSK Kini Tersedia di Malaysia - Penyakit kayap antara penyakit yang sering dijangkiti dikalangan orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas. Kesakitannya seumpama sakit bersalin ya! Sangat menakutkan.
Kayap disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster (VZV), iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air.ii Berikutan peningkatan usia, sel-sel sistem imun akan hilang keupayaan untuk memberi tindak balas yang kuat dan berkesan terhadap jangkitan, sekali gus meningkatkan risiko untuk menghidap kayap.iii herpetik (PHN), iaitu sakit saraf yang berpanjangan selepas kayap.
Dalam analisis tinjauan berhubung dengan kajian keberkesanan penting, ZOE-50, RZV menunjukkan keberkesanan vaksin sehingga 97%i dalam kalangan orang dewasa berumur 50 tahun dan ke atas, sepanjang tempoh susulan kira-kira tiga tahun.i Data interim terkini menunjukkan keberkesanan vaksin keseluruhan RZV lebih 80% sepanjang tempoh susulan utama kira-kira enam hingga 10 tahun selepas vaksinasi awal bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas.
Dr Alap Gandhi, Pengarah Perubatan Negara GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia berkata:
Kayap ialah penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan yang melampau dan penyakit ini disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster. RZV telah direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap virus bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas atau bagi mereka yang mengalami keadaan imunokompromi.
Kami berasa gembira bahawa rakyat di Malaysia kini akan mempunyai akses kepada vaksin RZV untuk membantu mengurangkan beban penyakit yang menyakitkan ini.
RZV telah menghasilkan cadangan vaksinasi yang positif. Di Malaysia, RZV disyorkan oleh Garis Panduan Imunisasi Dewasa oleh Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia untuk individu berumur 50 tahun ke atas dan untuk pesakit yang mengalami imunokompromi berumur 18 tahun ke atas.
Dengan pelancaran RZV di Malaysia, GSK berharap dapat terus memainkan peranan dalam usaha mempertingkatan kesihatan awam di Malaysia.
PM-MY-SGX-COCO-240003
Tarikh Kelulusan: 16 Ogos 2024
KKLIU 2560 / EXP 29.01.2025
Tanda dagangan dimiliki oleh atau dilesenkan oleh GSK.
KKLIU 2560 / EXP 29.01.2025
Tanda dagangan dimiliki oleh atau dilesenkan oleh GSK.
Jom sama-sama kita cegah penyakit kayap dengan mengambil vaksin seperti yang disyorkan.
Yg tahu je tahu mcm mana bila kita or ank kena kayap ni 😢Bila anak dh kena kayap ni, mmg risau sgt. Anak sakit, dgn maknya sekali tak keruan
ReplyDelete