Eka Heights Menawarkan Kediaman Yang Dapat Memenuhi Gaya Hidup Terkini

Eka Heights Menawarkan Kediaman Yang Dapat Memenuhi Gaya Hidup Terkini - Kediaman di Eka Heights bukan sekadar rumah bahkan ianya lebih daripada itu. Ia merupakan kediaman yang dapat memenuhi gaya hidup masyarakat hari ini. Dikelilingi persekitaran kehijauan yang tenang dan juga kemeriahan suasana hidup bermasyarakat menjadikan kawasan kediaman Eka Heights adalah pilihan yang terbaik terutamanya pada pembeli rumah pertama yang mencari rumah impian mereka.

Projek kediaman Eka Heights yang dibangunkan oleh Matrix Concepts ini merangkumi lebih 371 ekar hartanah di Seremban Barat. Eka Heights juga telah membuktikan dengan kejayaan jualan Presint 3 dan Presint 10 dalam masa yang singkat menjadikan Eka Heights menjadi pilihan ramai.

Sebanyak 3,620 unit kediaman ditawarkan dengan pelbagai rekaan dan susun atur, yang dapat memenuhi setiap gayahidup dan saiz keluarga. Manakala terdapatnya 25 unit komersial dengan menawarkan barangan runcit dan pelbagai lagi.

Pembangunan Strategik
Pembangunan Eka Heights terletak di lokasi yang strategikiaitu terletak di Seremban dan berdekatan perbandaran Bandar Sri Sendayan & Bandar Enstek dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dengan adanya aksesibiliti cemerlang memudahkan penduduk Eka Heights menjalani urusan harian mereka, samada ke tempat kerja dan sebagainya.

Selain itu Eka Heights juga terletak di dalam kawasan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) iaitu koridor pembangunan baharu di Negeri Sembilan. Ini secara tidaklansung dapat menambah nilai hartamah Eka Heights, infrastruktur terbaik dan peluang pekerjaan.

Taman Mageka – Kehijauan Alam Semula Jadi di Depan Pintu Kediaman

Penduduk Eka Heights juga boleh bersantai di Taman Mageka yang berkeluasan 15.5 ekar. Kawasan rekreasi kehijauan yang mesra keluarga untuk datang beriadah bersama-sama, 


Taman Mageka terletak di tengah-tengah Eka Heights. Di situ terdapatnya oasis hijau seluas 15.5 ekar yang yang membolehkan penduduk berkumpul untuk berehat, bermain dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.


Terdapatnya tasik seluas 8 ekar, taman permainan dan kemudahan rekreasi yang menyokong gaya hidup aktif, seperti berbasikal, berjoging dan pelbagai lagi.


Sistem Keselamatan Terbaik
Keselamatan terbaik menjadi keutamaan di Eka Heights. Bagi mereka yang berkeluarga khususnya pasti tidak akan risau dengan keselamatan ahli keluarga mereka. Ini kerana Eka Heights dikelilingi pagar dan juga dilengkapi dengan pondok pengawal yang mengawasi 24 jam.  

Antara projek kediama Eka Height yang masih dibuka jualannya adalah ferra dan meora. Butiran mengenai kediaman di presint ini boleh dirujuk pada foto di bawah.

Ferra Eka Heights

Meora Eka Heights

Untuk lebih info dan pertanyaan boleh klik pada pautan  Matrix WhatsApp Business Account:


Eka Heights Menawarkan Kediaman Yang Dapat Memenuhi Gaya Hidup Terkini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 15, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.