Festival of Drum and Percussion Malaysia Bakal Berlangsung 7 Disember 2024

Festival of Drum and Percussion Malaysia merupakan festival muzik yang penuh dengan warna-warni, dengan pelbagai alat muzik seperti Drum, Gendang dan Perkusi yang bersatu mencipta irama dan bunyi (Rhythm & Sound) yang merangkumi berbilang budaya dan harmoni.


Menerusi Festival of Drum and Percussion Malaysia yang bakal berlangsung selama satu hari kita dapat menyaksikan acara-acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi Interaktif dalam pelbagai Genre, Persembahan Drumline, serta sebuah Gala Konsert "All-Star Show" yang mengagumkan.



Antara artis dan pemuzik yang terlibat termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa'ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis DiRajaMalaysia dan jemputan khas lainnya.

Objektif utama Festival of Drum and Percussion Malaysia dianjurkan adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, serta menyumbang kepada industri kreatif Malaysia selain meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel, dan persembahan.
Oleh yang demikian, kami selaku penganjur juga menganjurkan Gala Konsert "All-Star Show" yang merupakan Kolaborasi dan Gabungan Persembahan ModenDrum, Latin, World & Etnik Percussion, dan Malaysia tradisional percussion, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk mempamerkan kepada semua bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu terus disokong dan dibanggakan
dari Jin dari JS Music.

Festival yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor ini akan bermula dari 10 pagi sehingga 11 malam. Gala Konsert All-Star Show pula akan berlansung dari jam 8.45 sehingga 11 malam.

Terdapat pelbagai aktiviti lain termasuklah  pameran dan jualan alat muzik, demostrasi produk, "mini games", "busking & jamming" dan cabutan bertuah, turut berlangsung serentak.

Dua kategori tiket iaitu Festival Pass dan Tiket Konsert dijual kepada pengunjung. “Pemegang "Festival Pass" akan dapat menikmati keseluruhan Festival, termasuk makan malam yang disediakan.
“Tiket konsert pula sesuai untuk sesiapa yang hanya berminat untuk menyaksikan Gala Konsert sahaja.

Datang ramai-ramai dan sokong muzik tanah air kita!
Festival of Drum and Percussion Malaysia Bakal Berlangsung 7 Disember 2024 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 11, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.