Generali Malaysia Lancar Festival Pertama untuk Meraikan Budaya & Warisan Itali

Generali Malaysia dengan bangganya membawa segala yang menarik dari Itali ke Malaysia dengan Festival Del Leone—meraikan budaya, makanan, kesejahteraan dan komuniti Itali, dari 25 hingga 27 Oktober 2024 di Piazza Level 3, Pavilion Bukit Jalil. Digelar sebagai 'Festival Singa', acara luar yang mengujakan ini merupakan festival Itali pertama yang dianjurkan oleh Generali di Malaysia, menyebarkan semangat watak jenamanya yang kuat dan berani – Leo the Lion. 
  

Sepanjang tiga hari, festival ini akan menampilkan hampir 150 gerai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, menawarkan pelbagai pilihan produk Itali dan tempatan termasuk masakan yang lazat, stesen kopi dengan haruman menyegarkan, serta hasil seni dan kraf yang unik. Sebagai sebahagian daripada komitmen Generali untuk menyokong PKS tempatan, festival ini akan memberikan mereka platform untuk mempamerkan produk mereka, mengukuhkan dedikasi Generali untuk memperkasakan dan memupuk pembangunan usahawan Malaysia.


“Di Generali, kami amat berbangga dengan asal usul Itali kami, dan Festival Del Leone ini merupakan peluang yang terbaik untuk kami membawa sebahagian daripada Itali ke Malaysia, di samping menyokong komuniti, artis-artis serta syarikat perniagaan tempatan. Acara ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadi Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai, terlibatdengan komuniti, serta mencipta pengalaman yang bermakna bagi semua yang turut serta,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia. 


Festival ini akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua, termasuk peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan watak jenama Generali iaitu Leo the Lion, serta jualan lukisan Mona Lisa yang akan dihasilkan oleh 30 artis tempatan dengan versi unik mereka sendiri berdasarkan karya terkenal tersebut. Semua hasil daripada jualan akan disalurkan kepada Yayasan Generali Gemilang, sebuah yayasan amal yang berusaha untuk mengatasi jurang pendidikan bagi kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan di Malaysia. 



Antara aktiviti lain yang menarik termasuklah bengkel membuat piza dan pasta, bengkel seni espreso dan latte, serta bengkel melukis topeng Venetian untuk kanak-kanak. Selain itu, para pengunjung boleh memanfaatkan daripada pemeriksaan kesihatan asas percuma yang disediakan oleh rakan NGO Generali, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, penyaringan BMI, di samping demonstrasi kesedaran kanser payudara bagi menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Sebagai tanda penghargaan, pelanggan Generali Malaysia boleh menikmati diskaun eksklusif di gerai vendor yang terpilih dengan menunjukkan Aplikasi Mudah Alih GeneraliMY atau portal MyGenLife mereka.


Acara kemuncak festival ini ialah pertandingan yang memberi peserta peluang untuk memenangi dua tiket penerbangan pergi-balik ke Itali, dilindungi oleh insurans perjalanan Generali Malaysia. Untuk menyertai, pengunjung perlu menyelesaikan beberapa cabaran menarik di pelbagai stesen, mengumpul cap pada poskad mereka, dan menghantar kapsyen kreatif di stesen yang terakhir.


Festival Del Leone terbuka untuk semua, dan kemasukan adalah percuma. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, lawati laman Facebook dan Instagram rasmi Generali Malaysia.

Generali Malaysia Lancar Festival Pertama untuk Meraikan Budaya & Warisan Itali Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 26, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.