Jom Sertai Sambutan Hari Kanak-kanak di Hotel Royale Chulan Seremban

Bersempena dengan Hari Kanak-kanak, Hotel Royale Chulan Seremban bakal menganjurkan pelbagai program untuk kanak-kanak.Program adalah selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti menarik dan peraduan disediakan untuk semua kanak-kanak.


Program disusun bermula dari hari Sabtu, 9 November dan berakhir pada Ahad 10 November 2024, Apa yang lebih menarik. Bzu Bzu, yang terkenal sebagai jenama yang menawatkan produk penjagaan diri yang menggunakan bahan semula jadi bersama-sama berkalaborasi dengan menyediakan 2,000 cenderamata kepada semua kanak-kanak yang hadir ke acara. Pelbagai pertandingan akan diadakan di Ballroom 1 Seri Negeri. Antaranya seperti pertandingan mewarna, pertandingan tarian, pertandingan nyanyian, dan pertunjukan fesyen. 


Pemenang dalam peraduan ini berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM400, hadiah wang tunai oleh PTPN sebanyak RM500 untuk setiap pemenang pertama dalam pertandingan mewarna, tarian, nyanyian dan pertunjukan fesyen, trofi, sijil, dan empat tiket taman tema Legoland Malaysia, bernilai RM800.


Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai masing-masing RM400 dan RM300 berserta trofi, sijil, hadiah dan dua tiket masuk ke Snowlim Wonderland Malaysia dan hadiah hadiah bernilai RM300. 

Apa yang pasti semua kanak-kanak tidak akan pulang dengan tangan kosong, bahkan semua peserta akan menerima tanda penghargaan dan sijil, walaupun mereka tidak menang. Pee untuk menyertai peraduan bermula dari RM25 dan ini termasuklah makanan yang disediakan khas untuk semua peserta. '
Di Ballroom Seri Negeri 2 akan diadakan pertandingan Lego. Pertandingan ini adalah kerjasama diantara Hotel bersama dengan Brickmasters yang terkenal dengan penganjuran pertandingan Lego utama di seluruh Malaysia. Pertandingan ini dijangkakan akan mendapat penyertaan lebih 500 peserta setiap hari. Pendaftaran hanya dikenakan RM5 untuk setiap peserta. Dan pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan usia termasuklah kanak-kanak, remaja, dan ibu bapa. Peserta akan bersaing untuk mendapatkan peluang memenangi salah satu daripada 18 hadiah kotak Lego! 

Manajala Pusat Catur Latihan Negeri Sembilan akan menganjurkan kejohanan catur selama dua hari di Ballroom 3 pada 9 November. Dan ianya terbuka kepada kanak-kanak sehingga 12 tahun, manakala kejohanan pada 10 November mengalu-alukan peserta dari semua peringkat umur termasuk dewasa. Trofi akan diberikan kepada pemenang pada kedua-dua hari. 

Untuk mendaftar mana-mana peraduan/pertandingan dan bengkel ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka dengan mudah hanya dengan mengimbas kod QR khusus (Digalakkan untuk pra-pendaftaran, kerana slot adalah terhad.) Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran masuk tidak akan boleh didapati pada hari acara). 


Cabutan bertuah akan diadakan setiap jam Sepanjang acara dua hari ada pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh penganjur. Ini termasuklah istana pelampung oleh Kiddytopia, pertunjukan silap mata, pencarian harta karun, penampilan badut dengan arca belon, seni pasir, lukisan muka, seni tangan inai, pameran replika haiwan oleh PERHILITAN , dan pertunjukan/drmo menarik dari bomba Seremban yang menampilkan jentera bomba dan pakaian seragam bomba mini untuk kanak-kanak, serta aktiviti melukis batik! 

Anak-anak juga boleh menyertai bengkel belajar membuat roti yang dibimbing oleh staff bakeri dari Restoran Han Pi Yuen. Bengkel ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, dengan fee RM49.90.

Acara itu akan menampilkan vendor dari pelbagai sektor, termasuk pendidikan, hobi, dan institusi kewangan seperti PTPN, Tabung Haji, dan Prudential, serta kedai buku seperti Popular dan Sinaran. Untuk meningkatkan pengalaman, kami menganjurkan peraduan dan pertandingan yang menarik, memastikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka. Secara peribadi, saya percaya festival ini memberi peluang unik kepada keluarga untuk menikmati pengalaman yang pelbagai dan untuk ibu bapa bertukar idea dan rangkaian secara berkesan
 kata Azira Arif, Pengurus Pemasaran Royale Chulan Seremban

Hospital Pakar KPJ Seremban juga menawarkan perkhidmatan percuma untuk:
 • Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Tekanan Darah, BMI, Glukosa)
 • Analisis Lemak Badan oleh Pakar Diet
 • Penilaian Kebersihan Tangan yang menyeronokkan dengan Kawalan Jangkitan Pasukan
 • Pemeriksaan Pertuturan oleh Jurupulih Pertuturan dan Pemeriksaan Pendengaran oleh Pakar Audiologi. 

Ada juga acara Meet & Greet istimewa bersama maskot rasmi KPJ, Dr. Kiki, menjadikan acara itu lebih menarik. Kanak-kanak juga boleh membuat pemeriksaan percuma termasuklah pemeriksaan pergigian oleh Dr. Smile Dental Seremban 2 dan juga pemeriksaan mata oleh Pakar Mata Optimax Seremban. 

Boleh daftar di sini:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui WhatsApp di 016 920 9880 atau 06-766 6666 atau e-mel untuk sebarang pertanyaan
Jom Sertai Sambutan Hari Kanak-kanak di Hotel Royale Chulan Seremban Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 08, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.