Simfoni Kepelbagaian Budaya
Pemain-pemain percussion terkenal yang didatangkan khas dari seluruh dunia akan mempersembahkan kepelbagaian tradisi muzik mereka di Kaleidoscope VII.
Kumpulan Gendang Chongdaoyuan Jiangzhou dari China, sebuah unit warisan budaya terpelihara terkenal negara tersebut, akan menambat hati penonton tempatan dengan alat percussion tradisional mereka yang unik, bakal membawa para pendengar ke dunia melodi masa silam.
Irama Tempatan Di Pentas Dunia
Kumpulan percussion Malaysia sendiri juga akan memeriahkan pentas acara ini dengan mempamerkan bakat mereka yang tersendiri. Hands Percussion akan memecah sempadan percussion dengan komposisi asal yang inovatif bertajuk "Re-percussion." Karya hebat ini memberi perspektif baharu pada signatur kumpulan ini dengan elemen percussion yang dibina semula dengan rujukan kepada asas ekspresi irama.
Lagi citarasa tempatan, Sri Maayakarar akan menyemarakkan pentas dengan persembahan Urumi Melam yang bertenaga, menggabungkan irama Tamil lama dengan rentak moden.
Persembahan kumpulan dan artis tempatan yang lain juga akan memeriahkan pentas acara dengan gaya muzik mereka yang memukau dan tersendiri. Antaranya, Akademi Ajurnasukma, San Percussion, Dhiya Suhaili, dan Leslie Ali.
Kemeriahan Sambutan Irama Sedunia
Kaleidoscope VII bukan sekadar konsert; ia turut meraikan perpaduan dalam kepelbagaian. Dengan menghimpunkan pemain dram dari budaya dan latar belakang yang berbeza, festival ini membuktikan bahawa bahasa muzik itu adalah universal dan kuasa luar biasa irama yang mampu menyatukan manusia dari segenap lapisan masyarakat.
Jadual Persembahan:
- 19 Okt (Sabtu) 8 malam
- 20 Okt (Ahad) 11:30 pagi & 4:30 petang
Sertai kami di Zepp Kuala Lumpur untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan. Untuk tiket, sila layari Cloudjoi dan cari "HANDS INTERNATIONAL DRUMMING FESTIVAL - KALEIDOSCOPE 7 GENDANG SEDUNIA."

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...