Miliki Rumah Kediaman di Irama Sendayan 2 dan Jalani Gaya HIdup Yang Diinginkan
Miliki Rumah Kediaman di Irama Sendayan 2 dan Jalani Gaya HIdup Yang Diinginkan- Tidak dinafikan memiliki rumah kediaman idaman memang menjadi impian setiap orang. Apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Setiap ruang, dekorasi, pilihan warna, fasiliti dan keselesaan menjadi perkara yang penting dan perlu diberi perhatian.
Kediaman impian bukan sahaja perlu menepati citarasa bahkan pada masa yang sama kita boleh jalani gaya hidup sepertimana yang kita mahukan. Namun untuk memiliki keduanya secara serentak bukanlah mudah sebenarnya.
Contohnya kita ingin jalani gaya hidup seperti pergi bercuti, menikmati hidangan enak di restoran esklusif bersama yang tersayang, beriadah di pusat rekreasi terbaik dan semuanya memerlukan kos juga. Jadinya kemungkinan besar kita perlu mengenetepikan gaya hidup yang kita mahukan dan hanya mampu memberi tumpuan kepada memiliki rumah idaman.
Rekaan Terbaik Rumah Kediaman Irama Sendayan 2
Irama Sendayan 2 yang dibangunkan oleh Matrix Concepts terletak di kawasan strategik seluas 69 ekar di persimpangan Bandar Sri Sendayan. Untuk info kawasan perumahan di sini semakin berkembang di bandar Seremban dan memberi banyak potensi hebat kepada pemilik pada masa akan.
Irama Sendayan 2 yang dibangunkan oleh Matrix Concepts terletak di kawasan strategik seluas 69 ekar di persimpangan Bandar Sri Sendayan. Untuk info kawasan perumahan di sini semakin berkembang di bandar Seremban dan memberi banyak potensi hebat kepada pemilik pada masa akan.
Berstatus hakmilik kekal, Irama Sendayan 2 dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026. Unit kediaman yang mempunyai keluasan diantara 2,142 hingga 2,311 kaki persegi dengan saiz lot 20'x70' dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasan yang dapat memberi keselesaan terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga. dan juga dapat memenuhi keperluan gaya hidup yang berbeza setiap pemilik kediaman,
Rekaan dalaman di setiap unit kediaman Irama Sendayan 2 ini memang mementingkan keselesaan penghuni kediaman. Contohnya seperti halangan dinding yang rendah bagi memudahkan pergerakan penghuni didalam rumah.
Dengan halaman bersaiz 4 kaki atau 9 kaki memberi alternatif kepada pemilik kediaman samada untuk membuat tambahan ruang dapur atau menambah ruang yang lebih peribadii, ruang santai dan sebagainya.
Aksesesibliti dan Kemudahan
Antara faktor lain mengapa projek perumahan Irama Sendayan 2 menjadi pilihan adalah disebabkan aksesibiliti yang cemerlang. Ini terutamanya akses untuk ke kawasan perniagaan, sekolah, dan sebagainya. Oh ya! Jarak ke KLIA hanya dalam 30km sahaja.
Ianya juga terletak berhampiran dengan d’Tempat Country Club yang dibina di atas 6.33 ekar landskap hijau. Kelab rekreasi yang mesra keluarga ini menawarkan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan untuk penduduk Sendayan 2.
Suasana perumahan di sini sangat tenang dan cukup privasi. Memiliki kawasan rekreasi dan taman permainan membolehkan setiap penghuni kediaman melakukan aktiviti santai seperti riadah, piknik dan sebagainya.
Tidak perlu khuatir dari segi aspek keselamatan memandangkan kawasan perumahan di Irama Sendayan 2, dikelilingi pagar anti panjat (Hi-Sac Fencing) dan komuniti berpengawal yang akan mengawasi 24 jam.
Miliki Rumah Kediaman di Irama Sendayan 2 dan Jalani Gaya HIdup Yang Diinginkan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 16, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...