TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di MyTOWN Kuala Lumpur

Ultraman kembali beraksi di bumi Malaysia bersempena dengan TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 yang kini sedang berlansung di Central Town, Aras Bawah, Pusat Beli-Belah MyTOWN Kuala Lumpur.


Untuk info, TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES berlansung selama 10 hari iaitu bermula dari 18 Oktober sehingga 27 Oktober 2024, 10 pagi sehingga 10 malam .

Saya sendiri berkesempatan menghadiri ke majlis pembukaan acara TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di hari pertama. Memang sangat meriah, ini kerana di ruang legar berdekatan kawasan pameran sudah kelihatan ramai peminat setia Ultraman berbaris panjang menantikan booth jualan figurine esklusif Ultraman dibuka jualan pada jam 12 tengahari.

Persembahan Ultraman Bertarung Dengan Rakaasa
Apa yang lebih menarik Ultra Hero terbaharu iaitu Ultraman Arc betsama rakan Ultraman yang lain akan membuat penampilan esklusif dalam sesi persembahan di atas pentas untuk menewaskan raksasa jahat..


Kita akan dapat lihat kemunculan Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed, begitu juga dengan watak raksasa jahat yang ikonik.


Saya dan rakan-rakan sempat menonton persembahan ini. Jujur saya katakan persembahan ini memang sangat menghiburkan. Persembahan selama 20 minit, sarat dengan aksi yang cukup mendebatkan. Bayangkan jika kita warga dewasa sudah cukup terhibur apatah lagi kanak-kanak yang menjadikan Ultraman sebagai adiwira
mereka.

Jadinya peminat Ultraman jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan pada 19 Oktober, jam 1 petang.


Manakala persembahan ulangan dijadualkan pada hujung minggu bulan Oktober iaitu pada 19, 20, 26 dan 27. Persembahan secara LIVE pada jam 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang untuk setiap tarikh. (Jadual ini juga pada perubahan tanpa notis awal) 

Beramah Mesra Dengan Ultraman
Disediakan juga Sesi Ramah Mesra iaitu acara bergambar bersama Ultraman Arc dan Zero sejurus selepas setiap persembahan tamat. Namun begitu bagi melayakkan menyertai aktiviti ini, peminat perlu berbelanja  sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts. Bagaimanapun, tiket Sesi Ramah Mesra adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. 


Saya juga antara peminat bertuah kerana dapat bergambar dengan Ultraman Arc dan Zero. Seronok! Sekali-sekala kita kembali kepada dunia kanak-kanak yang sentiasa mengagumi usaha Ultraman bebas dari serangam dan kuasa kejahatan raksasa.

Patung Ultraman Bersaiz Manusia
Alang-alang berada di sini jangan lupa merakamkan kenangan dengan bergambar bersama  patung Ultraman Arc dan Ultraman Blazar yang bersaiz manusia (anggaran dalam 2 meter tingginya). Ianya terletak di bahagian kiri dan kanan pintu masuk utama TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES.



Koleksi Terbaru Ultraman
Sslain itu, kita juga boleh melihat secara dekat figura terbaharu daripada Tamashii Nations. Ada juga pelbagai pilihan figura Eksklusif Tamashii Spot yang boleh kita lihat dari pameran di TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES.


Jom ramai-ramai kita datang ke MyTOWN KL bagi memeriahkan  acara di TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES .
TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di MyTOWN Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 19, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.