Movie Review : Babah (2024)
Babah, filem penuh emosi daripada Nads Media Entertainment telah mencipta fenomena di seluruh Malaysia sejak tayangannya pada 5 Disember 2024. Siapa sangka filem yang sarat dengan emosi dan kekeluargaan ini berjaya meraih kutipan yang di luar jangkaan.
Filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Qi Razali (Isyak/Babah), Sweet Qismina (Maya), Cristina Suzanne (Hayati) dan Adam Lee (Ikmal). Kemunculan pelakon muda berbakat besar iaitu Dhia Arissa dan Daniella Qabeela telah berjaya membawa watak Maya dalam fasa umur yang berbeza mencantikkan perjalanan cerita kehidupan Maya dari kecil sehingga dewasa.
.
Pendekatan cinema verite iaitu penceritaan yang santai, realistik, spontan dan bersahaja mampu menjentik emosi penonton secara organik, tanpa paksaan. Menurut Nadia Nadzri, selaku penerbit bersekutu, idea asalnya apabila beliau sendiri tersentuh dengan sebuah video viral yang memaparkan persembahan seorang ayah di majlis perkahwinan anak perempuannya. Digabungkan pula beberapa klip video viral yang lain seperti kisah perjuangan seorang pesakit Sindrom Guillain-Barre telah memberikan inspirasi beliau dan suami selaku penulis skrip untuk menghasilkan naskhah yang begitu dekat dengan jiwa masyarakat.
Tayangan Khas Bersama Media
Satu tayangan khas untuk media telah diadakan bagi meraikan sambutan luar biasa terhadap filem Babah. Siapa sangka melalui perkongsian dari penonton Babah setelah menonton filem ini telah mencetus fenomena. Ini apabila penonton sendiri berkongsi pelbagai kisah peribadi bersama ayah mereka di media sosial sekaligus menggambarkan bagaimana filem ini mencerminkan hubungan mereka dengan bapa masing-masing. Perkongsian ini telah menjadi tular, mencetuskan gelombang emosi yang terus membawa ramai penonton ke pawagam.

Babah telah mencatat kutipan box office yang luar biasa dengan sebanyak RM6 juta berjaya diraih sepanjang 20 hari tayangan setakat ini, menjadikannya filem nombor satu di Malaysia. Pencapaian hebat ini turut membuka laluan kepada gelombang kedua penonton yang pastinya ingin menyaksikan kisah menyentuh hati yang menjadi bualan dikalangan masyarakat tempatan.
Tonton dan Menang
Sebagai tanda penghargaan kepada penonton pihak produksi Babah telah mengumumkan kempen istimewa untuk penonton yang membeli tiket berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif, Kempen ini direalisasikan dengan tajaan daripada Ottoman Tour and Travels Sdn. Bhd. Antara hadiah yang ditawarkan seperti:-

● 2 tiket: Penginapan mewah di Langkawi Sembilan Resort.
● 4 tiket: Percutian yang tidak dapat dilupakan ke Jepun.
● 6 tiket: Perjalanan spiritual untuk Umrah atau pengembaraan ke Eropah.
Filem terbitan Nads Media Entertainment turut mendapat sokongan daripada rakan penaja seperti Daughters of Malaya, Al-Baik Malaysia, Ottoman Travel & Tours, Joielle Baby dan ramai lagi.
Babah di Pawagam Sinagapura
Babah juga akan ditayangkan di Singapura bermula 26 Disember 2024 di enam lokasi iaitu di Cathay Cineplex, termasuk Downtown East, Causeway Point, West Mall, Century Square, JEM, dan Clementi 321. Buat warga Singapura jangan lupa hadirkan diri ke pawagam dan tonton Babah untuk sama-sama rasai perjalanan dan kasih-sayang seorang ayah daripada pelakon hebat dari Malaysia.

Review Saya
Menonton filem Babah mengingatkan kisah saya dengan ayah sendiri. Cuma jalan cerita agak berbeza yang mana saya dapat rasakan untungnya mereka yang memiliki ayah seperti watak Babah dalam filem. Jujurnya selain dari kekuatan cerita, lakonan mantap dari 5 barisan pelakon utama yang cukup bersahaja memberi emosi yang cukup kuat dalam perjalanan naskhah tentang keluarga.
Dari segi prop menyelusuri peredaran masa sangat tersusun dan cantik, begitu juga sinematik filem ini menambah rencah emosi didalamnya. Banyak sangat pengajaran yang kita boleh ambil sepanjang menonton. Bagaimana kita tidak perlu putus asa dalam kehidupan, sayangilah keluarga dan orang terdekat selagi mereka ada serta paling penting redha dengan apa yang telah terjadi dalam hidup.
Seperti kata Uncle Lim dalam filem Babah:Babah secara keseluruhan punyai kekuatan penceritaan untuk menggerakkan emosi, memberi inspirasi, dan menyatukan hubungan satu famili.
God answers you in 3 ways. God say YES and give you what you want. God say NO and give you something better. Or God say WAIT and give you the best later.
Jangan lupa tonton!
Movie Review : Babah (2024)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 25, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...