Tung Yuen Chinese Restaurant Memperkenalkan Pakej Hidangan Bersempena Tahun Baru Cina Tahun Ular
Jom raikan Tahun Baru Cina 2025 yang akan datang di Tung Yuen Chinese Restaurant, Mardhiyyah Hotel & Suites. Pada tahun zodiak ular, Tung Yuen membuka tirai Tahun Baru Cina dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk adakan sesi makan besar di hotel ini.
Bermula dari 6 Januari 2025 hingga 27 Februari 2025, Mardhiyyah Hotel & Suites menawarkan set hidangan Tahun Baru Cina bermula daripada RM988 untuk 5-6 orang, manakala pilihan set RM1388, RM1688 dan RM1988 untuk 10 orang.
Tetamu juga boleh menikmati Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled Chicken Soup with Mushroom, Cordyceps Flower and Black Garlic, Braised Dried Seafood Thick Soup with Crab Roll and Dried Fish Maw, Thai Mango Shredded Chicken Meat and Roasted Chicken, Steamed Red Garoupa with Roast Golden Garlic and Abalone Sauce dan Baked White Shell Prawn with Spicy Roasted Sesame Paste.
Pada waktu makan malam Tahun Baru Cina 28 Januari 2025 pakej hidangan ditawarkan bermula dari RM988.00 hingga RM2488. Tetamu boleh menikmati Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled “Kampung” Chicken Soup, with Assorted Dried Seafood, Steamed Red Garoupa with Wood Ear Fungus “Kampung” Style, Braised Baby Abalone, Fish Maw with Shimenji Mushroom and Broccoli, Spice Duo Garlic Baked Fresh Water Prawn dan banyak lagi.
Manakala untuk set Chinese New Year Prosperity pada 29 Januari 2025 sehingga 28 Februari 2025. Set ini sesuai untuk majlis keluarga dan syarikat yang menawarkan 4 set menu dengan harga berbeza iaitu Chinese New Year Prosperity RM 988.00 (5-6 orang), RM 1488.00 (10 orang), RM 1888.00 (10 orang) dan RM 2088.00 (10 orang).
Untuk tempahan boleh hubungi 03-5511 8811 EXT, 2616 (Tung Yuen Chinese Restaurant) atau 019-261 6847/012-3518284. Semua menu disahkan Halal oleh JAKIM & JAIS. Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube). @mardhiyyahhotel untuk mengetahui promosi terkini.
Untuk info lokasi Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1, Mardhiyyah Hotel & Suites
Tung Yuen Chinese Restaurant Memperkenalkan Pakej Hidangan Bersempena Tahun Baru Cina Tahun Ular
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 22, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...