Bebek Goreng Pak Ndut di Sunway Pyramid Selangor

Peminat hidangan dari negara Indonesia pastinya akan teruja dengan pelbagai pilihan menu dari Bebek Goreng Pak Ndut. Ini terutamanya masakan daripada bebek atau lebih dikenali sebagai itik dikalangan masyarakat Malaysia.


Restoran Bebek Goreng Pak Ndut sememangnya cukup popular di Singapura. Di negara jiran kita ini sudah mempunyai beberapa cawangan dan untuk di Malaysia baru dibuka iaitu di pusat membeli-belah Sunway Pyramid Selangor.


Sememangnya tidak mudah untuk mendapatkan hidangan bebek di Malaysia. Jadinya jika kita teringin hendak menikmati hidangan bebek sedap yang mana resepinya adalah autentik dari negara Bali boleh datang ke Bebek Goreng Pak Ndut.


Apa yang menarik selain bebek terdapat juga menu lain seperti masakan ayam di sini. Ditawarkan juga bakso goreng, Soto Daging Betawi dan pelbagai lagi. 

Pelbagai Pilihan Sambal
Masakan Indonesia sememangnya kekuatan kepada pilihan sambal. Jadinya di Bebek Goreng Pak Nduit terdapat pelbagai pilihan sambal yang kita boleh pilih dan ianya adalah free flow.

Original Chili

Sweet Chili Sauce

Green Chili

Belacan Chili

Kicap Manis

Saya paling suka Green Chili atau lebih dikenali dengan sambal hijau. Tidaklah terlalu pedas tetapi kekuatan dari rasa pedas-pedas cili hijau secukup rasa menjadikan saya menambah cili ini banyak kali ketika menikmatinya bersama bebek sangan.

Antara Menu Yang Direkomen
Sebenarnya terdapat banyak menu yang boleh dicuba. Namun memandangkan saya jarang makan bebek jadinya untuk dua menu utama saya memilih yang ada bebek.


Bebek Goreng Original + Nasi | RM20.90

Daging itik yang diperap selama 24 jam dengan rempah terpilih seterusnya digoreng garing, didatangkan bersama serdak gorengan yang cukup ranggup. Untuk hidangan ini selain nasi terdapat juga tempe, tauhu, sayur dan juga original chili.

Memang sedap rasanya seperti ayam tetapi sebenarnya itik. Daging tidak liat langsung bahkan isi dalamnya berjus serta lembut.

Bebek Goreng Sangan + Nasi | RM20.90

Menu ini paling rekomen. Ini kerana bebek bukan sahaja digoreng ranggup bahkan disalai selepas itu. Haruman dan rasa salai tu memang sangat istimewa.

Sop Buntut | RM17.90

Sop buntut ini jika di Malaysia dikenali sebagai sup ekor. Hidangan ini memang cukup popular di Indonesia. Saya difahamkan penyediaan untuk sup ini memang memakan masa yang agak lama. JHidangan ini tidak didatangkan bersama nasi. Jika pelanggan mahu nikmatinya bersama nasi perlulah diorder secara berasingan.

Bakso Goreng | RM9.90

Berbola daging Indonesia yang digoreng garing dan dinikmati bersama sayuran dan juga kicap pedas.

Tahu Telur | RM11.90

Telur omelette yang menyaluti tauhu didalamnya. Ada sayuran dan dinikmati bersama sos pedas-pedas manis. Sedap rasanya. Sebenarnya makan hidangan ini pun sudah rasa kekenyangan. Boleh jadikan hidangan sampingan bersama menu utama.

Jus Alpukat | RM13.90

Minuman legenda Indonesia yang pastinya saya akan order jika menikmati bersama hidangan istimewa Indonesia contihnya nasi bebek, nasi padang dan sebagainya Selain itu saya juga sukakan minuman soda gembira,


Es Teler | RM9.90

Pencuci mulut istimewa dengan konfeksi ais yang dikisar halur bersama nangka, jagung dan susu. Smeemnagnya dapat menyejukkan tekak.



Secara keseluruhan memang puas hati menikmati hidangan d sini. Apatah lagi sekarang ada ditawarkan promosi Afternoon Special yang sangat berbaloi.


Alamat:
Bebek Goreng Pak Ndut
LG2.49, Lower Ground Two,
 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 
47500 Petaling Jaya, Selangor


Jangan lupa singgah Bebek Goreng Pak Ndut okay! Waktu operasi dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Bebek Goreng Pak Ndut di Sunway Pyramid Selangor Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 25, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.