Chicken Chop Sebesar Saiz Tangan HULK di Efa Western

Nikmati Chicken Chop sebesar tapak tangan HULK memang memberi kepuasan.Yup! Ini adalah antara menu istimewa di Efa Western Meru Klang. Untuk info, Efa Western sememangnya cukup popular dengan hidangan barat yang ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.


Efa Western terletak di Jalan Meru yang beroperasi setiap hari kecuali pada hari Khamis. Ianya dibuka bermula dari 4.30 petang sehingga 10.15 malam.



Antara hidangan yang menjadi signature di sini adalah seperti Nasi Chicken Chop Menangis, Double Chicken Grilled with Cheese, Nasi Lemak Mixed Grill dan Double Chicken Chop Sizzling. Terdapat juga hidangan utama yang sentiasa mendapat permintaan daripada tetamu seperti Chicken Chop, Chicken Grilled, Mixed Grill, Lamb chop dan juga Chicken Bleu.


Tarikan Chicken Chop Sebesar Tangan Hulk
Chicken Chop merupakan hidangan dari Efa Western cukup dikenali di kalangan masyarakat setempat. Isi ayam lembut dan berjus disaluti dengan tepung yang digoreng ranggup. Menikmatinya pula ketika panas-panas memang terbaik Untuk set Chicken Chop didatangkan bersama dengan kentang goreng, potato salad, coleslow dan 2 sos duo Efa Western.

 Chicken Chop

Keunikkan Chicken Chop di sini adalah saiznya agak besar yang diumpamakan seperti saiz tapak tangan HULK. Begitu tebal dan besar, memang terasa puas dan kenyang menikmatinya.

Kepelbagaian Menu Wastern Memikat Jiwa
Chicken Chop Sizzling

Antara menu lain yang saya rekomen adalah Chicken Chop Sizzling. Sos duo Efa Western dicurahkan secara panas-panas ke atas hidangan Chicken Chop. Set Chicken Chop Sizzling didatangkan bersama kentang goreng, patoto salad, garlic bread dan juga coleslow.

Double Chicken Chop Sizzling

Terdapat juga Double Chicken Chop Sizzling yang lebih banyak kuantiti ayam yang diberikan. Untuk set hidangan ini sesuai dinikmati ketika benar-benar lapar ataupin mahu dikongsi bersama ahli keluarga dan juga rakan yang lain.

Meatball Pasta

Jika teringin menikmatinya bersama nasi, bolehlah cuba Nasi Chicken Chop Menangis. Set yang didatangkan bersama nasi, sambal pedas (ala-ala sambal ayam gepuk dan juga Chicken Chop sebesar tapak tangan. Ada juga pelbagai jenis masakan ayam yang boleh dinikmati bersama nasi lemak seperti Nasi Lemak Chicken Grill dan juga Nasi Lemak Chicken Bleu.


Hendak nikmati hidangan yang ringan dan ringkas bolehlah mencuba mushroom soup, cheesy meatball, garlic bread dan banyak lagi. Untuk menu kanak-kanak antara yang direkomen seperti meatball pasta, Kids Chicken Set, Meatball Cheesy dan pelbagai lagi. 

Paling penting semua hidangan yang ditawarkan di sini harganya memang sangat berpatutan dan berbaloi. Saiz portion agak besar dengan kualiti rasa yang kena dengan citarasa masyarakat Malaysia.

Epal Laici da Tembikai Laici

Selain daripada hidangan protein seperti ayam dan kambing terdapat juga pasta yang boleh kita nikmati dari Efa Western seperti ,ushroom soup, meatball pasta, fish pasta dan pelbagai lagi. Menu ini pastinya menjadi pilihan ibu-bapa yang membawa anak-anak.


Disediakan parkir berhampiran dengan kedai, kemudahan tandas begitu juga dengan surau. Fasiliti asas untuk kegunaan semua pelanggan Efa Western.


Buat peminat masakan barat jangan lupa untuk singgah Efa Western untuk nikmati hidangan Chicken Chop sebesar tangan hulk dan pelbagai menu masakan barat menarik yang lain. Pastinya semua menu yang ditawarkan dapat memenuhi citarasa satu keluarga.

Waktu Operasi:
4:30PM - 10:15PM Setiap hari kecuali Khamis

Lokasi
Lot 2555, Jln Meru, Batu 5 1/2, 41050 Klang, Selangor

Sebarang pertanyaan boleh hibungi 011 1198 3087 ataupun layari_
Website : https://efawestern.my/
IG: https://www.instagram.com/efawestern/
TikTok: https://www.tiktok.com/@efawesternhq
FB: https://www.facebook.com/efawestern/
Chicken Chop Sebesar Saiz Tangan HULK di Efa Western Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 14, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.