guardian Malaysia Perkenal Konsep Stor Baharu
guardian Malaysia hari ini melancarkan konsep stor yang segar dan menarik dengan pembukaan semula stor Medan Setia Bukit Damansara (MSBD), bertujuan untuk mengukuhkan hubungannya dengan komuniti setempat serta mempertingkatkan pengalaman pelanggan.
Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, menekankan kepentingan pencapaian ini:
Selain itu, ruang ini juga akan digunakan untuk mengendalikan House of Creators guardian, yang bertujuan untuk melibatkan, mendidik, dan memperkasakan pencipta kandungan Malaysia mengenai trend terhangat dan terkini, di samping meningkatkan kemahiran mereka. Melalui inisiatif ini, guardian berharap dapat mewujudkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik, seterusnya membangunkan generasi baharu pencipta kandungan dalam bidang Kesihatan dan Kecantikan.
Tawaran yang Diperluas dan Format Inovatif
Selain ruang komuniti, stor berwajah baharu ini menampilkan susun atur yang inovatif dengan rangkaian produk yang diperluas dan dipilih atur khas untuk pengalaman Kesihatan & Kecantikan yang lebih baik. Ini termasuk:
• ‘Salon at Home’: Penyelesaian penjagaan rambut profesional untuk hasil setaraf salon di rumah.
• ‘Zon Lelaki dan Penjagaan Lelaki Eksklusif’: Bahagian khas yang disesuaikan untuk keperluan penjagaan diri lelaki.
• ‘Clean Beauty’: Produk yang dihasilkan daripada bahan semulajadi dan mesra alam untuk pelanggan yang prihatin terhadap kelestarian, penjagaan diri, dan gaya hidup. Ini adalah stor High Street pertama yang menawarkan kategori ini.
• #IYKYK Beauty menampilkan jenama premium baharu, trending dan eksklusif seperti LUMI, Zenyum, Uriage dan Uruhime.
Selain daripada tawaran produk yang lebih luas, guardian Malaysia kekal komited untuk memberikan khidmat pelanggan yang terbaik. Ahli farmasi yang berpengetahuan dan ahli pasukan guardian terlatih sentiasa bersedia untuk membimbing pelanggan dalam perjalanan kesihatan dan kesejahteraan mereka, memenuhi keperluan setiap peringkat usia.
Priscilla turut menekankan misi guardian:
guardian: Rakan Yang Dipercayai Sepanjang Generasi
Selama lebih 57 tahun, guardian telah menjadi sahabat yang dipercayai dalam kehidupan rakyat Malaysia, berkembang daripada sebuah peruncit farmasi menjadi rakan kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan yang menyeluruh.
Stor Bukit Damansara yang diperbaharui ini melambangkan komitmen teguh kami untuk memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan dan komuniti di mana kami beroperasi, khususnya di kawasan kejiranan yang dinamik ini. Stor ini merupakan stor pertama guardian yang menampilkan ruang berfokuskan komuniti di tingkat atas—sebuah konsep yang mencerminkan visi kami untuk pengalaman pelanggan yang lebih mantap dan terhubung.Ruang komuniti ini akan menjadi pusat pelbagai aktiviti bermanfaat seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah kesejahteraan, pensampelan produk, pelancaran produk baharu, dan sesi mencuba produk. Direka untuk memperkasakan pelanggan guardian, ia menyediakan alat, sumber, dan sokongan yang menggalakkan kehidupan yang lebih sihat dan penuh keyakinan, selaras dengan inti pati visi jenama baharu guardian, ‘Serlahkan Personamu’.
Selain itu, ruang ini juga akan digunakan untuk mengendalikan House of Creators guardian, yang bertujuan untuk melibatkan, mendidik, dan memperkasakan pencipta kandungan Malaysia mengenai trend terhangat dan terkini, di samping meningkatkan kemahiran mereka. Melalui inisiatif ini, guardian berharap dapat mewujudkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik, seterusnya membangunkan generasi baharu pencipta kandungan dalam bidang Kesihatan dan Kecantikan.
Tawaran yang Diperluas dan Format Inovatif
Selain ruang komuniti, stor berwajah baharu ini menampilkan susun atur yang inovatif dengan rangkaian produk yang diperluas dan dipilih atur khas untuk pengalaman Kesihatan & Kecantikan yang lebih baik. Ini termasuk:
• ‘Salon at Home’: Penyelesaian penjagaan rambut profesional untuk hasil setaraf salon di rumah.
• ‘Zon Lelaki dan Penjagaan Lelaki Eksklusif’: Bahagian khas yang disesuaikan untuk keperluan penjagaan diri lelaki.
• ‘Clean Beauty’: Produk yang dihasilkan daripada bahan semulajadi dan mesra alam untuk pelanggan yang prihatin terhadap kelestarian, penjagaan diri, dan gaya hidup. Ini adalah stor High Street pertama yang menawarkan kategori ini.
• #IYKYK Beauty menampilkan jenama premium baharu, trending dan eksklusif seperti LUMI, Zenyum, Uriage dan Uruhime.
Selain daripada tawaran produk yang lebih luas, guardian Malaysia kekal komited untuk memberikan khidmat pelanggan yang terbaik. Ahli farmasi yang berpengetahuan dan ahli pasukan guardian terlatih sentiasa bersedia untuk membimbing pelanggan dalam perjalanan kesihatan dan kesejahteraan mereka, memenuhi keperluan setiap peringkat usia.
Priscilla turut menekankan misi guardian:
Di guardian, kami percaya setiap individu berhak untuk mengawal kesihatan, kecantikan, dan kesejahteraan mereka mengikut cara mereka sendiri. Peranan kami adalah untuk memberi impak yang bermakna dalam hidup pelanggan kami dengan menyokong mereka untuk mencapai keadaan terbaik diri mereka— dalam apa jua bentuk.
guardian: Rakan Yang Dipercayai Sepanjang Generasi
Sempena meraikan pembukaan semula stor Damansara Heights yang berwajah baharu ini, kami ingin menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi kami untuk menjadi teman setia dalam perjalanan kesihatan dan kecantikan pelanggan kami—bukan hanya untuk hari ini, tetapi untuk 57 tahun yang akan datang dan seterusnya
kata Priscilla mengakhiri.
guardian Malaysia Perkenal Konsep Stor Baharu
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 11, 2025
Rating:
No comments:
Sharing is caring...