Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Lincoln University College (LUC) bersama Cengild G.I. Medical Centre

Satu pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Lincoln University College (LUC) bersama Cengild G.I. Medical Centre telah berlansung bagi tujuan memperkukuhkan pendidikan dan latihan dalam bidang kejururawatan.


Langkah ini merupakan satu usaha ke arah menjadikan Lincoln University College sebagai pusat rujukan dan hab utama bagi melahirkan tenaga pakar kejururawatan terlatih di Malaysia.

Majlis MoU yang cukup bermakna  ini menyaksikan tiga fokus melibatkan tiga komponen utama iaitu Penajaan Pelajar Diploma Kejururawatan. Pihak Cengild akan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak di bawah perjanjian yang telah ditetapkan, 

Latihan Klinikal dan Penggunaan Fasiliti Hospital dan pelajar akan mendapat pendedahan praktikal di hospital di bawah pengurusan Cengild bagi memastikan mereka memenuhi keperluan Lembaga Kejururawatan Malaysia dan Penggunaan Identiti Jenama Hospital serta untuk tujuan promosi pengambilan pelajar dan pembangunan latihan.

LUC sebagai sebahagian daripada tanggungjawab di bawah MoU ini akan memastikan pelajar
mematuhi etika profesional semasa latihan klinikal. LUC juga akan bekerjasama dengan Cengild dalam
menyelaraskan jadual latihan serta menyimpan rekod akademik pelajar. 

Di samping itu, LUC akan memastikan insurans mencukupi untuk melindungi pelajar dan staf semasa tempoh latihan klinikal.

Vice President for Corporate & Regional Affairs University College, Tuan Amin bin Mohd Shukor,
menyatakan:
Kerjasama ini adalah langkah strategik untuk menjadikan LUC sebagai pusat kecemerlangan dalam menyediakan tenaga kejururawatan yang berkemahiran tinggi.
Melalui gabungan pendidikan berkualiti dan pengalaman praktikal, kami yakin dapat menyumbang kepada keperluan tenaga kerja sektor kesihatan negara. Sebagai rakan kongsi, Cengild komited untuk memastikan pelajar bukan sahaja mendapat pendidikan berkualiti tetapi juga pengalaman industri yang relevan. 

Pusat perubatan ini akan memantau perkembangan akademik pelajar secara berkala dan menyediakan insurans bagi melindungi keselamatan awam dan liabiliti hospital sepanjang tempoh MoU.
Antara yang hadir pada majlis ini adalah Tuan Amin bin Mohd Shukor (Vice President for Corporate & Regional Affairs), Puan Aslin Hafiza Ali (COO of Lincoln University), Cik Razlyn Amieza Aron (Director Clinical & Collaboration Scholl of Nursing & Applied Health Science) dan Puan Thilashiny Letchumanan (Human Resource Manager Cenglid G.I Medical Centre) dan Ms Ewe Boon Lay (Director of Nursing).

Dari Kiri Atikah Nabilah Mohd Salleh - Coordinator Nursing Collaboration , Pn Aslin Hafiza binti Ali - Chief Operating Officer, Ms Razlyn Amieza Aron - Director Clinical & Collaboration,. Tn Amin bin Mohd Shukor - Vice President for Corporate & Regional Affairs, Thilashiny Lerchumanan - Human Resource Manager, Ms Ewe Boon Lay - Director of Nursing, Chua Huey Ling - Sister A&E dan Chitra Krishnasamy - Nurse Educator/ Education

Dengan termeterainya MoU ini, LUC dan Cengild berharap akan dapat melahirkan generasi baharu
jururawat yang mampu memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkukuh bidang kejururawatan dan menyumbang kepada pembangunan sektor kesihatan di Malaysia.

Tahniah Lincoln University College (LUC) dan Cengild G.I. Medical Centre
Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Lincoln University College (LUC) bersama Cengild G.I. Medical Centre Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 08, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.