MERIAHKAN TAHUN BARU CINA DENGAN AKTIVITI BERTEMA DISNEY DI PAVILION BUKIT JALIL

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Pavilion Bukit Jalil menjemput anda untuk menyertai kemeriahan bersama Mickey Mouse and Friends untuk pengalaman yang menakjubkan. Nikmati sambutan yang menggabungkan pesona Disney dengan tradisi perayaan yang mengukir kenangan terindah untuk seisi keluarga dan pengunjung dari semua peringkat umur.


Bermula dari 3 Januari hingga 16 Februari 2025, Pavilion Bukit Jalil akan dihiasi dengan dekorasi bertemakan Disney sempena Tahun Baru Cina. Tarikan utamanya adalah sebuah pagoda indah yang dihiasi dengan motif tradisional perayaan, melambangkan kemakmuran, keharmonian, dan pembaharuan. Suasana perayaan ini turut dimeriahkan dengan beberapa lokasi bergambar yang menarik di seluruh pusat beli-belah, termasuk arca Mickey Mouse yang mengagumkan – sempurna untuk mencipta kenangan indah dan dikongsi di media sosial. 


Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik dan mesra keluarga yang direka khas untuk perayaan Tahun Baru Cina ini lebih istimewa. Coretkan idaman dan harapan anda untuk 2025 di New Year Wishing Wall dan kongsikan impian anda sambil melangkah ke musim yang penuh kemakmuran dan cita-cita. Selain itu, cabar ahli keluarga tersayang dalam permainan Snakes and Ladders bersaiz besar - satu aktiviti interaktif yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Anda juga berpeluang bertemu Disney Friends yang akan membuat penampilan istimewa dalam pakaian tahun baru Cina pada: 

● 17 Januari 2025: 12:30 PM, 2:00 PM, 4:30 PM dan 6:00 PM

● 18 Januari 2025: 11:00 AM, 12:30 PM, 2:00 PM, 4:30 PM dan 6:00 PM

● 19 Januari 2025: 11:00 AM, 12:30 PM, 2:00 PM, 4:30 PM dan 6:00 PM


Penampilan ini memberi peluang kepada keluarga untuk mencipta detik-detik istimewa yang tidak dapat dilupakan bersama orang yang tersayang. 


Untuk mereka yang ingin membawa pulang barangan bertema Disney, Pavilion Bukit Jalil menawarkan pelbagai barangan edisi terhad bertemakan Disney, sesuai untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan anda. Pembeli juga boleh menebus hadiah bertemakan Disney seperti berikut:

Belanja RM250 (atau RM150 untuk Ahli Kad UOB) dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah untuk menebus pek paket angpau Disney, (dua rekaan, 3 keping setiap satu)
Belanja RM500 (atau RM400 untuk Ahli Kad UOB) dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah untuk menebus pek paket angpau dan beg kanvas eksklusif Disney.  Eksklusif untuk Ahli Kad UOB, mulai 18 Januari 2025, belanja RM1,000 ke atas dalam satu resit melayakkan anda menebus beg bagasi mini Disney, sementara stok masih ada.


Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di Pavilion Bukit Jalil, sila layari laman web rasmi di www.pavilion-bukitjalil.com, ikuti kemas kini di Facebook dan Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8092 8833. Jadikan Pavilion Bukit Jalil destinasi utama anda untuk mencipta momen indah yang membawa kegembiraan, nostalgia, dan ikatan keluarga sempena Tahun Baru Cina ini.
MERIAHKAN TAHUN BARU CINA DENGAN AKTIVITI BERTEMA DISNEY DI PAVILION BUKIT JALIL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 30, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.