Varisha Melancarkan Koleksi Raya dan Pengumuman Amira Othman Sebagai Duta

Varisha Melancarkan Koleksi Raya dan Pengumuman Amira Othman Sebagai Duta - Lawanya tudung Amira Othman pakai tu! Warna hijau paling menyerlah dan ianya adalah koleksi esklusif dari Varisha Collection Sdn. Bhd. Dan terkini Varisha Collection  dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif terbaharu, "Raya Series".


Pelancaran ini berlangsung selama empat hari, dari 9 hingga 12 Januari 2025, di Central i-City, Shah
Alam. Acara ini juga telah menjadi platform untuk meraikan pelantikan penyanyi dan pelakon
terkenal, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha, pada masa yang sama turut diadakan pelancaran lagu terbaharu beliau yang berjudul "Bila Nak Kahwin".


Untuk info, Lagu "Bila Nak Kahwin" keluaran Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures. Lagu dengan lirik yang cukup catchy ini telh dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025, manakala video muziknya akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2025 jam 3 petang. 


Lagu bergenre pop ini adalah hasil ciptaan dua komposer terkemuka, Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.

Raya Series Varisha Collection
Dalam acara pelancaran koleksi "Raya Series", Varisha mengetengahkan keunikan fabrik "Ultra Comfort Cotton Voile" yang direka khas menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. 


Fabrik ini menawarkan kelembutan luar biasa, ketahanan yang tinggi, dan reka bentuk yang elegan, sesuai untuk kegunaan harian mahupun acara istimewa. Materialnya bukan sahaja mencerminkan gaya dan keanggunan, tetapi juga membuatkan tudung mudah dibentuk, ringan, beralun, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika. 



Koleksi ini memberikan keselesaan maksimum kepada setiap pemakainya sambil memastikan penampilan sentiasa menawan

Persembahan Lagu "Bila Nak Kahwin"
Bersempena dengan pelancaran muzik video "Bila Nak Kahwin", Amira Othman turut membuat persembahan secara live. Peminat yang hadir ke Central i-City pada 11 Januari 2025, boleh persembahan Amira Othman secara eksklusif yang menyanyikan lagu baharu beliau, "Bila Nak Kahwin", bersama beberapa lagu popularnya seperti "Hati-Hati" dan "Jaga-Jaga". 


Para peminat juga berpeluang bertemu Amira secara langsung melalui kempen khas "Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman".  Sepanjang roadshow berlangsung Varisha juga telah mengadakan pelbagai promosi seperti beli 3 helai tudung Varisha dapat PERCUMA 2 helai lagi tudung.

Semua langkah ini dilakukan bagi memperkukuh imej Varisha sebagai jenama tudung pilihan 1Malaysia yang melambangkan keyakinan dan kebebasan wanita bergaya setiap hari.

Dengan slogan "Varisha for EVERYONE, EVERYDAY", jenama ini terus komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka berasa yakin dan selesa dalam setiap detik kehidupan
Varisha Melancarkan Koleksi Raya dan Pengumuman Amira Othman Sebagai Duta Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 12, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.