Bufet Ramadan AnCasa Hotel KL Membawakan Hidangan Air Tangan Chef Kak Yam

Bufet ramadan tahun 2025 di AnCasa Hotel Kuala Lumpur menawarkan satu pengalaman berbuka puasa yang pastinya dapat memenuhi gastronomi masyarakat Malaysia.


Menyajikan lebih daripada 200 jenis juadah istimewa yang pastinya akan mengingatkan kita akan masakan orang lama.. 



Setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang dan keaslian air tangan bonda pasti menggamit kenangan nostalgia bersama keluarga tersayang.

Untuk tahun ini, gabungan Chef Kak Yam dan chef di AnCasa Hotel Kuala Lumpur dibawakan khas sempena Ramadan untuk mengembalikan sajian Air Tangan Bonda yang pasti akan membawa kelainan dan keunikan rasa memikat hati setiap pengunjung.

Chef Kak Yam merupakan chef legenda di AnCasa suatu ketika dahulu. Beliau yang terkenal dengan kemahirannya dalam menyediakan hidangan masakan Melayu asli, telah menggabungkan resipi keluarga yang diwarisi turun-temurun, memberi pengalaman berbuka yang autentik dan menyentuh jiwa.

Dengan gabungan Chef Kak Yam dan chef di AnCasa
Hotel Kuala Lumpur pasti akan memberikan satu rasa yang mengagumkan.

Setiap hidangan yang dihidangkan adalah hasil seni masakan yang menyatukan rasa, aroma dan kenangan masa lalu.


Antara hidangan air tangan bonda yang pasti menggugah selera dalam bufet Ramadan adalah AnCasa Briyani, yang kaya dengan rempah dan aroma yang memikat. Dipadankan dengan Kambing Gulai Kawah serta Daging Kandar yang lembut dan penuh rasa, menjanjikan pengalaman rasa yang tidak boleh dilupakan. 

Ayam Kuzi yang empuk pula pasti menyempurnakan sajian dengan rempahnya yang kaya dan menyegarkan.

 

Tidak ketinggalan, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak yang memikat dengan rasa tempoyak berkrim, dipadankan dengan keasaman yang menyegarkan. Udang Goreng Kunyit yang ramggup dan berperisa turut menjadi pilihan sempurna untuk melengkapkan hidangan ini.


Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati Jantung Pisang Lemak Cili Padi yang kaya dengan rasa santan, serta Acar Rampai yang segar, menjadikan hidangan ini semakin lengkap dan memuaskan. Sup Gearbox Kambing yang kaya dengan rasa rempah turut disajikan, bersama hidangan istimewa lain seperti Apam Balik AnCasa, 


Sotong Kangkung, Pasembor, Aneka Kerabu, Aneka Laksa, pelbagai jenis Sambal Tradisi, dan aneka Sushi yang pasti memenuhi citarasa setiap pengunjung.


Sebagai penutup, nikmati pelbagai pencuci mulut yang menggugah selera, antaranya Kuih Muih Tradisional, Agar-Agar, Puding, Kek, dan Pancuran Coklat.



Sajian-sajian ini pasti dapat memenuhi selera setiap pengunjung serta memberikan pengalaman berbuka puasa yang istimewa dengan keunikan rasa dan tradisi.


Bukan sahaja menawarkan hidangan yang hebat, AnCasa Hotel Kuala Lumpur juga menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk seluruh keluarga. Bufet Ramadan ini hanya berharga RM98 untuk dewasa, RM78 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, dan RM58 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.


Baucer tempahan awal boleh didapatkan dengan harga RM88 sebelum 21 Februari 2025. Tempahan boleh dilakukan dengan mudah melalui talian 03 2026 6060 samb. 7703 atau 011 3179 4121.

Selain bufet Ramadan, AnCasa Hotel Kuala Lumpur turut memperkenalkan promosi eksklusif Set Amboi Bibik Melaka di Restoran Madam Zee. 

Set hidangan istimewa ini menyajikan pelbagai juadah tradisional Peranakan Melaka antaranya Ayam Goreng Belacan, Sambal Udang Petai, Ikan Asam Pedas Melaka, Fucok Goreng Cili Cuka, Telur Cincalok dan Nyonya Pai Tee. Set Amboi Bibik Melaka ini ditawarkan pada harga RM52+seorang dengan tempahan minima 4 orang dan memerlukan tempahan awal 48 jam untuk memastikan kelancaran penyediaan.

Untuk tempahan, sila hubungi talian 03 2026 6060
samb. 7705 atau 014 290 0407.


Bufet Ramadan AnCasa Hotel KL Membawakan Hidangan Air Tangan Chef Kak Yam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 08, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.