Butter Kaya Kopitiam Menawarkan Hidangan Autentik Kopitiam Dengan Citarasa Moden
Butter Kaya Kopitiam Menawarkan Hidangan Autentik Kopitiam Dengan Citarasa Moden - Butter Kaya namanya sendiri sudah mencerminkan Malaysia dan lebih istimewa hampir semua hidangannya menggunakan produk-produk lokal sebagai bahan utama. Menu yang ditawarkan pula adalah seperti mana yang kita boleh temui di Kopitiam lain cuma di Butter Kaya keunikkan hidangannya telah suntikan sedikit moden bagi memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.
Sehingga kini terdapat 4 outlet Butter Kaya Kopitiam iaitu di Sama Square Wangsa Maju, Petaling Street, Melaka dan juga yang terkini dan baru dibuka adalah di MyTOWN Shopping Centre Cheras.
Untuk kali ini saya telah mengunjungi ke Butter Kaya Kopitiam cawangan MyTOWN untuk mencuba sendiri hidangan signature yang sentiasa mendapat permintaan dari pelanggan-pelanggan Butter Kaya.
Persekitaran didalam kopitiam luas dan selesa dengan menggunakan sepenuhnya warna kuning di segenap ruang menjadikan Butter Kaya Kopitiam nampak begitu ceria. Dekorasi minimalis menampilkan elemen kopitiam moden didalamnya.
Pengasas Butter Kaya, Chef Irwan
Chef Irwan merupakan pengasas kepada Butter Kaya Kopitiam. Mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang F&B. Pernah menjadi co-founder untuk jenama kopitiam yang cukup popular di Malaysia. Misi Cheg Irwan bukan sahaja untuk membuka lebih banyak cawangan Butter Kaya di seluruh Malaysia bahkan bercita-cita untuk menbawa jenama ini menembusi pasaran antarabangsa.
Hidangan 'Signature'
Pandan Kaya Lava Bun
Antara signature dish yang sentiasa mendapat permintaan dari pelanggan. Apa yang menarik pandan kaya dan roti adalah homemade. Setiap gigitan memberi kepuasan dengan adanya lava krim iaitu kaya pandan didalamnya.
Apam Balik Lava
Agak unik sedikit tetapi memang sedap. Roti sangat lembut dan didalamnya ada limpahan kacang tumbuk, isi jagung. Ianya seperti isi apam balik yang kita biasa nikmati. Uniknya hidangan ini kerana diberi sedikit sentuhan fusion di situ.
Roti John Korean Chicken
Peminat makanan korea wajib mencuba menu ini. Ada sos gochujang, manis-manis masam pedas. Manakala isi daging disaluti dengan keju serta ada keropok muruku di atasnya.
Roti John Crossover
Roti john dengan isi daging yang penuh. Ditambah dengan keropok muruku diatasnya. Apa yang menarik Roti John Crossover ini menggabungkan sambal nasi lemak dan sambal kacang didalamnya.
Omurice Creamy Kam Heong Chicken
Nasi jepun dengan bahan istimewa dari Butter Kaya Kopitiam. Ada telur diatasnya dan dari segi rasa memang sedap - Isi ayam agak banyak juga.
Omurice Blackpepper Beef
Nasi jepun ada telur omelette di atasnya dan daging. Walaupun tidak berkuah tetapi padanan rasa daging dan telur memang kena dengan selera.
Nasi Lemak Rendang Ayam bersama Sambal Sotong
Nasi lemak dengan ada pelbagai lauk pauk datang bersama seperti rendang dan sambal sotong. Bagi saya sendiri sambal nasi lemak di Butter Kaya Kopitiam memang sedap dan cukup rasa.
Dry Noodle Nasi Lemak
Keunikan hidangan ini ialah ia mengabungkan mee bersama lauk pauk nasi lemak termasuklah sambal nasi lemak. Nak bagi lebih sekata, gaul semua sebelum sebelum kita nikmatinya.
Signature Mee Curry Chicken
Menggunakan mee tarik yang dibuat sendiri. Kuah kari agak pekat dan ada pelbagai lauk didalamnya termasuklah isi ayam, sayur, fish cake dan pelbagai lagi.
Sate Ayam
Setiap set didatangkan bersama 6 cucuk. DAging ayam sangat lembut menggunakan perapan sate resepi tersendiri dari Butter Kaya Kopitiam. Nikmati bersama kuah kacang.
Rojak Jumbo Rolls
Kek Pandan Gula Melaka Onde Onde
Inspirasi daripada kuih muih tradisi onde-onde. Sangat lembut dan sedap. Diatasnya ditaburkan dengan kelapa parut yang segar.
Chocolate Dirty Cake
Menggunakan coklat premium di mana dalam setiap lapisan kek memang lembut dan cair di mulut. Memang rekomen untuk korang datang dan rasai sendiri.
Teh Ice Cendol Red Bean
Teh ais yang sedap diberi inovasi dengan pertambahan cendol serta kacang merah didalamnya.
Classic Coffee
Peminat kopi tegar kena cuba rasai kopi di sini. Memang nikmat! Saya cukup suka dengan aroma kopi yang cukup memikat.
In House Special (ice)
Kopi ais dengan campuran istimewa. Balance dari rasa kemanisan bersama kepahitan kopi.
Harga yang ditawarkan memang cukup berpatutan. Portion untuk nasi dan mee memang memuaskan. Berbaloi untuk datang bersama keluarga dan rakan makan-makan. Tempat makan selesa dan menarik sesuai untuk berOOTD sakan!
Untuk Butter Kaya Kopitiam MyTOWN Shopping Centre dibuka setiap hari iaitu Isnin sehingga Jumaat beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 9 malam. Manakala Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam.
Butter Kaya Kopitiam
𝐖𝐞 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐆𝐨𝐨𝐝 𝐅𝐨𝐨𝐝 𝐅𝐨𝐫 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐧.
Butter Kaya Kopitiam Menawarkan Hidangan Autentik Kopitiam Dengan Citarasa Moden
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 24, 2025
Rating:

No comments:
Sharing is caring...