Hidangan Edisi Terhad Ayam di The Chicken Rice Shop (TCRS)

Raikan Tahun Baru Cina dengan acara Makan Besar dan perjumpaan keluarga bersama The Chicken Rice Shop (TCRS). Untuk tahun ini TCRS telah memperkenalkan hidangan terbaru Ayam Oren yang menggabungkan rasa nostalgia Tahun Baru Cina dengan sentuhan perisa Malaysia yang menggamit selera.


Tersedia di seluruh negara hingga 23 Februari 2025, tawaran masa terhad ini mengubah hidangan klasik masakan Cina dengan kemanisan buah oren dan kehangatan rasa pedas. Setiap ketul ayam disalut dengan sos yang dibuat daripada oren dan halia, kemudian biji bijan panggang ditaburkan di atasnya untuk kerangupan yang menggiurkan lalu terciptanya hidangan yang menghormati tradisi dengan sentuhan inovasi.


Kita boleh menikmati pelbagai set perayaan yang sesuai untuk setiap permintaan. Bermula pada RM21.90, menu à la membolehkan anda merasai kelazatan Ayam Oren. Bagi mereka yang mahu mendapatkan hidangan set, Set Ong-ly Me sesuai untuk pengunjung solo, manakala Set Ong You & Me sesuai untuk pasangan yang ingin berkongsi kegembiraan dan kemakmuran.

Mereka yang ingin menjamu selera bersama keluarga atau sahabat boleh memilih Set Ong Like Us yang mampu memenuhi selera hingga empat orang dengan portionyang banyak, sesuai untuk perhimpunan perayaan.
Oren merupakan simbol kemakmuran dan nasib yang baik untuk Tahun Baru Cina,
 kata Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd.
Kami mahu mengubah buah bertuah ini menjadi hidangan kontemporari yang merangkul tradisi dan inovasi. ‘Ayam Oren’ kami melambangkan keseimbangan yang sempurna - kemanisan kemakmuran digabungkan dengan rasa pedas yang menggambarkan peluang yang menanti pada tahun baru yang akan datang.


Untuk melengkapkan hidangan ‘Ayam Oren’, TCRS memperkenalkan minuman Ong-ren Bliss - minuman menyegarkan yang mengimbangi rasa manis dan pedas hidangan istimewa itu.


Set ‘Ayam Oren’ kini boleh didapati di semua cawangan TCRS di seluruh negara. Untuk makluamt lanjut tentang promosi istimewa Tahun Baru Cina ini dan promosi lain, sila layariwww.thechickenriceshop.com atau ikuti halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.
Hidangan Edisi Terhad Ayam di The Chicken Rice Shop (TCRS) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 13, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.