HUAWEI MATE XT di Innovative Foldable Pop-up Store di Pavilion KL
Ingin melihat sendiri secara dekat HUAWEI MATE XT yang baru sahaja dilancarkan oleh HUAWEI bolehlah hadirkan diri ke Innovative Foldable Pop-up Store terbesar yang kini sedang berlansung di Pavilion Kuala Lumpur. Paameran ini dibuka kepada pengunjung bermula dari 19 sehingga 25 Februari 2025.
Menerokai Masa Depan Teknologi HUAWEI Terkimi
HUAWEI Mate XT, telefon pintar TRI-FOLD (3 lipatan) merupakan telefon pintar termaju dengan reka bentuk futuristik yang boleh dilipat ke dalam dan ke luar.
Membawa Unfold the Classic’, HUAWEI MatePad Pro 13.2 pula direka dengan dipertingkatkan produktivitinya bertaraf PC terutama dari segi paparan menjadi lebih terbaik.
Dilengkapi dengan WPS Office bertaraf PC, aplikasi penting lain serta papan kekunci NearLink dan M-pencil yang dipatenkan oleh Huawei. Sekaligus tablet ini dapat memberikan pengalaman pengguna ke tahap yang lebih tinggi.
Di samping itu ianya juga dilengkapi dengan ciri penjejakan sukan seperti golf dapat membantu pengguna meningkatkan prestasi dengan analisis ayunan masa nyata dan maklumat padang.
Di Sebalik ‘Unfold the Classic’
Menerusi kekemasan pertukangan sehingga ke teknologi canggih. Begitu juga dengan bermula daripada inovasi dwi-lipat ke tri-lipat (TRI-FOLD), HUAWEI mengambil masa sembilan tahun untuk memperkenalkani teknologi hebat ini tanpa rasa mustahil.
Pameran ini menandakan satu pencapaian penting dalam misi kami untuk menawarkan pengalaman inovatif kepada pengguna global.
Bertemakan ‘Unfold the Classic’ ke Kuala Lumpur, kami bukan sahaja mempamerkan kemajuan teknologi tetapi juga menunjukkan komitmen Huawei dalam merealisasikan visi dunia pintar.”
Teknologi kini sebati dengan kehidupan harian, dan inovasi kami melangkaui fungsi biasa. Melalui ‘Unfold the Classic’, kami mempamerkan bagaimana produk kami memperluaskan sempadan kemungkinan sambil meningkatkan gaya hidup pengguna.
Ini mencerminkan usaha berterusan Huawei dalam inovasi, membolehkan individu hidup, berkarya dan berhubung dengan lebih bermakna,
Jom Menerokai Teknologi Masa Depan
HUAWEI Innovative Foldable Pop-up Store dibuka kepada orang ramai dari 19 Februari hingga 25 Februari 2025, setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di Pavilion Kuala Lumpur. Kita boleh lihat produk-produk terbaru dan termaju HUAWEI di sini.
Selain itu, HUAWEI Mate XT kini tersedia untuk pra-tempahan sehingga 14 Mac 2025 di HUAWEI Experience Stores, Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Flagship HUAWEI di Lazada dan Kedai Rasmi TikTok HUAWEI.
Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN, layari laman web rasmi HUAWEI, Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.
HUAWEI MATE XT di Innovative Foldable Pop-up Store di Pavilion KL
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 20, 2025
Rating:

No comments:
Sharing is caring...