The Makan Shoppe Menawarkan Hidangan Jalanan Malaysia
Pemain industri agro-makanan dan makanan sejuk beku yang berpengalaman lebih 12 tahun, Arisprop Capital Bhd. melalui Aris Burger Sdn. Bhd. kini telah melakar sejarah baharu dengan pembukaan cawangan pertama restoran berkonsepkan kopitiam, The Makan Shoppe.
Mengangkat makanan jalanan sebagai menu utama, masyarkat setempat boleh merasai hidangan yang popular di Malaysia di The Makan Shoppe yang kini telah membuka cawangan pertamanya di Pusat Beli-Belah 168 Selayang.
Berkonsepkan “From Street to Restaurant”, membolehkan rakyat Malaysia menikmati keunikan makanan tempatan dengan suasana yang selesa. Pada masa yang sama boleh juga bersantai sambil bermain permainan rakyat di kedai kopi yang cukup popular seperti dam haji, permainan tangga ular, ceper dan sebagaianya.
The Makan Shoppe bukan sekadar restoran biasa. Ia adalah simbol keunikan dan warisan makanan Malaysia. Dengan tagline 'Malaysia Street Food and More! Come LAH!', restoran ini menawarkan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan melalui menu istimewanya.
Antaranya Nasi Lemak Bungkus Pattaya hidangan dengan gabungan cukup sempurna rasa lemak santan, beras Basmathi dan sambal pedas yang pastinya dapat membangkitkan nostalgia.
Paling istimewa dengan adanya burger ala gerai jalanan, dihasilkan menggunakan daging berkualiti dengan kandungan peratusan daging yang lebih tinggi, dilengkapkan dengan sos Umami resepi tersendiri yang eksklusif. Apa yang pasti semua produk disini adalah HALAL.
Istimewa Dan Luar Biasa
Tidak dilupakan minuman Bandung Dynamte pula adalah minuman ikonik dengan gabungan rasa manis dan menyegarkan. Pastinya akan menjadi pilihan kegemaran pelanggan. Begitu juga dengan pelbagai hidangan lain yang diperkenalkan untuk memenuhi citarasa setiap pengunjung, tidak kira bangsa dan usia dari kanak-kanak hingga dewasa.
Apa yang menjadikan The Makan Shoppe istimewa ialah fokusnya pada membawa pengalaman sebenar makanan jalanan Malaysia ke dalam suasana restoran.
Setiap hidangan bukan sahaja mengekalkan keaslian rasa tetapi juga mempersembahkan makanan dengan gaya yang moden dan menarik. Semua hidangan menggunakan bahan berkualiti untuk memberi kepuasan kepada pelanggan.
Elemen Budaya dan Warisan Malaysia Melalui Setiap Hidangan
Restoran ini turut mempersembahkan elemen budaya dan warisan Malaysia melalui setiap hidangan. Ini meenerusi pendekatan yang menggabungkan citarasa tradisional, inovasi moden, dan layanan mesra,
Beliau yang juga Pengarah Urusan The Makan Shoppe berkata, objektif pembukaan The Makan Shoppe adalah memperkenalkan kelainan dalam menikmati makanan jalanan Malaysia dengan suasana yang moden dan selesa.
Ia juga mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan keunikan menu yang tidak terdapat di tempat lain selain mengukuhkan jenama sebagai pelopor dalam menyajikan makanan jalanan Malaysia dengan sentuhan inovasi.
Seiring dengan pembukaan cawangan pertama ini, The Makan Shoppe juga sudah mendapat jemputan untuk membuka cawangan baharu daripada Pasaraya terkemuka di pelbagai lokasi strategik seluruh negara
katanya selepas majlis perasmian The Makan Shoppe di Pusat Beli-Belah 168 Selayang.
The Makan Shoppe Dibuka Secara Rasmi
Pembukaan The Makan Shoppe telah dirasmikan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA).
The Makan Shoppe Dibuka Secara Rasmi
Dalam tempoh lima tahun akan datang, The Makan Shoppe merancang untuk membuka hampir 100 cawangan di seluruh negara dan bersedia melangkah ke pasaran antarabangsaSebagai usahawan bimbingan MARA, The Makan Shoppe telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Juara Keseluruhan Kategori Makanan & Minuman (F&B) dalam Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2023/2024. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Arisprop Capital Berhad, termasuk skop perniagaan restoran ini juga dalam proses persediaan untuk disenaraikan di pasaran saham (IPO), sekali gus membuktikan potensinya sebagai pemain utama dalam industri makanan dan minuman.
The Makan Shoppe Menawarkan Hidangan Jalanan Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 06, 2025
Rating:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAHbZdRM6m-dyzN_VVo9x55Fv_2QHaBnNP8QJj_rxVgt4aLHcyLvr9YE9Fn9mkU8svnynoX2Yw-KRriM6mDRjYBS1ycKeUswmDERzT7sovPuUOA4-BEjFv9nPpzEwMN-0lAXXXbC8Q4UlKnGfBTL-ffjPYUhKc640KTt34udIi5VB2ByQ2dTDZ_fTtV_g/s72-c/IMG_4756.jpeg)
No comments:
Sharing is caring...