KILAUAN ABADI RAYA MALABAR GOLD & DIAMONDS MEMBAWAKAN REKAAN UNIK DARI 13 NEGARA

Malabar Gold & Diamonds sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai jenama barang kemas terkemuka dengan melancarkan kempen Raya bertemakan “Kilauan Abadi”, meraikan keunikan dan kehalusan seni reka yang diilhamkan dari 13 negara berbeza.


Kempen ini diraikan di semua bilik pameran Malabar Gold & Diamonds di Malaysia termasuk di Ampang Point, Seremban MydinMall, Masjid India, Ipoh, Pulau Pinang, dan Klang.

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini, Malabar Gold & Diamonds menawarkan tawaran eksklusif kepada para pelanggan, termasuk 0% potongan bagipertukaran emas 916 lama serta hadiah istimewa dengan setiap pembelian bernilai RM3,500 ke atas. 

Pelanggan kini boleh menukar barang kemas lama mereka, termasuk yang dibeli dari jenama lain, dengan nilai 100% tanpa sebarang potongan – satu keistimewaan yang hanya boleh didapati di Malabar Gold & Diamonds.


Sebagai peneraju dalam industri barang kemas, Malabar Gold & Diamonds memperkenalkan koleksi eksklusif 916 dengan rekaan yang tidak terdapat di pasaran tempatan. Reka bentuknya diinspirasikan dari 13 negara, mencerminkan kreativiti dan ketelitian seni pertukangan emas dari seluruh dunia. Koleksi ini menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari, menjadikannya pilihan sempurna untuk sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna.


Turut diketengahkan dalam kempen ini ialah koleksi tandatangan Malabar Gold & Diamonds, Bella Collection, yang telah menjadi kegemaran pelanggan sejak pelancarannya. Koleksi ini menampilkan rantai panjang, gelang tangan, rantai tangan, cincin, dan anting-anting dengan motif floral yang elegan. 


Selain itu, koleksi rantai berumbai (tassel chains) serta cincin emas koktel yang lebar turut menghiasi ruang pameran, menawarkan pelbagai pilihan dari rekaan minimalis hingga yang lebih mewah dan terperinci. 

Dengan harga emas yang sedang turun naik dan kini menunjukkan trend penurunan ramai yang mengambil peluang ini untuk menambah koleksi emas dan pada masa yang sama menyimpan sebagai pelaburan. Terutamanya di Malabar Gold & Diamonds, setiap pembelian dijamin dengan nilai tukaran 100% pada bila-bila masa di mana-mana bilik pameran Nalabar Gold and Diamonds bukan sahaja untuk emas tetapi juga untuk barang kemas berlian, memastikan pelanggan mendapat pulangan penuh ke atas pelaburan mereka pada masa hadapan.

Malabar Gold & Diamonds mengundang semua pelanggan untuk mengunjungi bilik pameran kami dan menyaksikan sendiri keunikan serta keindahan koleksi terbaharu ini. Dengan kempen “Kilauan Abadi”, bukan sahaja menawarkan rekaan eksklusif tetapi juga memberikan nilai hebat melalui tawaran istimewa yang tidak boleh dilepaskan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran Malabar Gold & Diamonds atau layari laman web rasmikami.
KILAUAN ABADI RAYA MALABAR GOLD & DIAMONDS MEMBAWAKAN REKAAN UNIK DARI 13 NEGARA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 05, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.