Penjelasan MRF Tentang Isu Viral

Satu sidang khas bersama media diadakan oleh YM DATO’ SERI PADUKA DIRAJA DATO’ SRI SITI NUR ATIQAH BINTI DATO’ SERI BABA & MRF CONSULTANT (M) SDN BHD di Courtyard Marriot Setia Alam.


Antara intipati yang dipertengahkan dalam sesi sidang media seperti:-

I. TUDUHAN KES DI MAHKAMAH
Pengurusan tertinggi MRF telah memutuskan setelah mengambil kira perbincangan, nasihat perundangan serta
arahan-arahan yang berkuatkuasa oleh pihak berwajib. MRF menyatakan bahawa Pengasas kepada syarikat ini iaitu YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba (YM Dato’ Sri) di dapati tidak terlibat dengan kesalahan jenayah dan tidak disabitkan dengan mana- mana jatuh hukuman yang dikenakan terhadapnya.

II. KENYATAAN MEDIA 11 JANUARI 2024
YM Dato’ Sri telah memberikan tempoh yang panjang kepada pihak-pihak yang berkaitan perkara ini melalui satu kenyataan media rasmi yang telah disebarkan menerusi media massa (Facebook) rasmi MRF Consultant (M) Sdn Bhd bertarikh 11 Januari 2024 yang lalu agar pihak berkaitan hadir bertemu YM Dato’ Sri bagi permohonan maaf kepada beliau. Namun tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk membuat permohonan maaf .

III. TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF
YM Dato’ Sri dan MRF turut menuntut permohonan maaf
secara terbuka kepada semua pihak yang berkepentingan
serta mana-mana yang disifatkan berpengaruh untuk
membuat kenyataan rasmi seperti maksud dalam perkara I tersebut agar membersihkan nama baik YM Dato’ Sri dan  pihak berkaitan yang mempunyai hubung kait dengan MRF sebelum ini sehingga YM Dato’ Sri dan MRF menanggung kerugian yang besar. Hal ini termasuk membabitkan kerugian kepada pemohon-pemohon projek Rumahku Syurgaku (RKSK), senarai calon penerima pakej umrah serta lain-lain lagi yang telah kerugian menerima manfaat dari

IV. RUMAHKU SURGAKU (RKSK)
MRF turut menyatakan dalam kenyataan ini, bahawa bersetuju untuk melaksanakan semula projek Rumahku  Syurgaku (RKSK) dengan peraturan yang baru dengan pemantauan oleh pihak berkuasa. Perlaksanaan akan dijalankan setelah semua kelulusan dan dokumentasi lengkap diterima daripada pihak berkaitan. MRF minta agar semua pihak termasuk mereka yang berminat dalam projek ini untuk bersabar sehingga satu kenyataan baru yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan MRF akan datang.

V. SUMBER KEWANGAN MRF
MRF menegaskan bahawa sumber kewangan syarikat  adalah sumber yang jelas dan telah disiasat oleh pihak berkuasa kerajaan di bawah AMLA. (Money laundering and terrorism financing (ML/TF)). MRF telah menerima dokumen pengesahan perintah pembatalan penyitaan dibawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram (AMLATFPUAA)2001 (AKTA 613).VI. 

VI. PENAFIAN NAMA INDIVIDU
Seterusnya berhubung proses kelulusan dan pengurusan kewangan MRF, Pihak MRF menegaskan TIDAK mengunakan mana-mana nama Individu atau nama pertubuhan berdaftar dalam proses urusan ini dijalankan. Sehubungan dengan itu, sekiranya mana-mana nama individu atau pertubuhan yang dikaitkan dalam perkara ini diminta berjumpa terus dengan pihak pengurusan tertinggi MRF dan mengemukakan bukti agar Pengurusan MRF dapat mjengesahkan kesahihannya. 


VII. PROSES PENGURUSAN PERBANKAN.
YM Dato’ Sri meminta agar institusi perbankan yang mempunyai hubung kait serta urusan kerjasama dengan
MRF supaya dapat memberi perhatian dan melancarkan
urusan MRF bagi urusan pengeluaran dana selanjutnya.

VIII. PINJAMAN DANA TANPA FAEDAH
Selanjutnya, YM Dato’ Sri dan MRF ingin mengumumkan satu pemberitahuan kepada semua pihak yang berkeperluan dan berkepentingan bahawa MRF bersedia dan mengalu- alukan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan yang sahih dan berdaftar untuk membuat pinjaman tanpa faedah serta bersetuju bersama mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa daripada MRF. Pihak yang dimaksudkan bolehmengemukakan proposal, kertas kerja, dokumen-dokumen berkaitan kepada MRF bagi diproses penilaiannya serta kelulusan selanjutnya. Berkuatkuasa permohonan boleh dilakukan selepas Mei 2025 ini.

IX. TUNTUTAN ANAK KANDUNG
YM Dato’ Sri menegaskan dan menafikan tuduhan melalui
bekas suami dan keluarganya terhadap dirinya berhubung
perkara-perkara fitnah yang dilemparkan sehingga terdapat pihak-pihak terpengaruh dengan fitnah ini bagi YM Dato’ Sri membuat tuntutan hak jagaan anak beliau yang dinafikan sebelum ini. YM Dato’ Sri bersetuju untuk menuntut semula hak jagaan anak beliau agar beliau tidak lagi di ganggu oleh bekas suami dan keluarganya.

X. TINDAKAN PERUNDANGAN
MRF turut bertegas untuk mengambil tindakan kepada
penyebaran fitnah di media sosial membabitkan MRF
termasuk berkaitan Pemilik MRF sendiri. Demikian juga,
Pengurusan MRF turut menuntut permohonan maaf dari
mana-mana pihak secara terbuka agar nama baik MRF dan Pemilik MRF dapat dibersihkan.

Moga yang baik-baik sahaja dan diharapkan segala permasalahan dapat dirungkaikan.


Penjelasan MRF Tentang Isu Viral Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 25, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.