SENTUHAN SENI ARTJAMILA DALAM KEMPEN SYAWAL CARiNG PHARMACY BAWA MESEJ KESEDARAN DAN INKLUSIVITI
Berinspirasikan semangat Aidilfitri, CARiNG Pharmacy (CARiNG) mempersembahkan kempen bermakna, "Syawal di Hati, Kenangan Abadi," hasil kolaborasi bersama artis autistik Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali sebagai ARTJAMILA. Terkenal dengan karya seni yang ekspresif dan penuh warna, ARTJAMILA membawa sentuhan kreatifnya menerusi rekaan eksklusif sampul duit raya edisi terhad diberi nama "The Joy of Raya." Kolaborasi ini bukan sekadar meraikan seni, tetapi juga menyampaikan mesej inklusiviti serta meningkatkan kesedaran mengenai autisme.
Lebih daripada sekadar inisiatif perayaan, kempen ini mencerminkan komitmen CARiNG dalam mengetengahkan bakat tempatan serta memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepelbagaian neuro. Dengan menampilkan hasil karya ARTJAMILA, CARiNG berharap dapat mencetuskan perbincangan tentang sumbangan berharga individu neurodivergent sambil meraikan semangat kebersamaan.
"Sebagai jenama yang menitikberatkan keterlibatan komuniti, CARiNG Pharmacy berbesar hati dapat bekerjasama dengan ARTJAMILA. Kami telah merancang kempen ini dengan teliti bagi memastikan karya seni beliau disampaikan dengan penuh keaslian, seiring dengan matlamat kami untuk menghargai serta mengangkat bakat neurodivergent," menurut kenyataan daripada CARiNG Pharmacy.
ARTJAMILA turut berkongsi keterujaannya terhadap kolaborasi ini, “Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan CARiNG Pharmacy kerana kempen ini memberi peluang untuk saya berkongsi seni dan kisah saya dengan lebih ramai orang. Saya berharap karya saya dapat menginspirasikan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian, kreativiti, dan keindahan inklusiviti.”
Selain daripada sampul duit raya, CARiNG turut merancang pelbagai inisiatif lain dalam masa terdekat, termasuk program pendidikan, aktiviti interaktif, serta promosi istimewa—selari dengan empat teras utama kempen "Syawal di Hati, Kenangan Abadi." Teras ini merangkumi sumbangan kepada komuniti, gaya hidup sihat, kepentingan penjagaan diri, serta memenuhi keperluan perayaan. CARiNG komited untuk terus bekerjasama dengan individu dari pelbagai latar belakang bagi memastikan impak sosial yang lebih bermakna.
Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan Aidilfitri, CARiNG bersama Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy akan menganjurkan jualan istimewa ‘Syawal di Hati, Kenangan Abadi‘ Riang Ria Raya Sale dari 7 Mac hingga 7 April 2025. Pelbagai tawaran menarik menanti pelanggan, dan mereka yang berbelanja RM30 ke atas dalam tempoh ini akan menerima sampul duit raya edisi terhad secara percuma, menjadikan persiapan perayaan lebih bermakna.
ARTJAMILA turut berkongsi keterujaannya terhadap kolaborasi ini, “Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan CARiNG Pharmacy kerana kempen ini memberi peluang untuk saya berkongsi seni dan kisah saya dengan lebih ramai orang. Saya berharap karya saya dapat menginspirasikan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian, kreativiti, dan keindahan inklusiviti.”
Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan Aidilfitri, CARiNG bersama Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy akan menganjurkan jualan istimewa ‘Syawal di Hati, Kenangan Abadi‘ Riang Ria Raya Sale dari 7 Mac hingga 7 April 2025. Pelbagai tawaran menarik menanti pelanggan, dan mereka yang berbelanja RM30 ke atas dalam tempoh ini akan menerima sampul duit raya edisi terhad secara percuma, menjadikan persiapan perayaan lebih bermakna.
SENTUHAN SENI ARTJAMILA DALAM KEMPEN SYAWAL CARiNG PHARMACY BAWA MESEJ KESEDARAN DAN INKLUSIVITI
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 03, 2025
Rating:

No comments:
Sharing is caring...