JETOUR MENINGKATKAN LANDSKAP AUTOMOTIF MALAYSIA DENGAN SUV TERBAHARU DI PASARAN

JETOUR MENINGKATKAN LANDSKAP AUTOMOTIF MALAYSIA DENGAN SUV TERBAHARU DI PASARAN- Memperkenalkan Teknologi Vanguard tercanggih mentakrifkan semula segmen SUV. 


JETOUR Malaysia telah memperkenalkan model Baharu, Dashing, sekali gus menembusi pasaran SUV di majlis berprestij di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini. SUV pertama jenama ini menggabungkan reka bentuk yang canggih dan penampilan yang menarik, sekali gus menetapkan JETOUR sebagai pesaing baharu dalam sektor automotif Malaysia yang kompetitif.

Encik Ke Chuandeng, Naib Presiden JETOUR Auto, menekankan kepentingan kenderaan moden yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi canggih sebagai langkah proaktif dalam memajukan landskap automotif tempatan.

Pelancaran Dashing bukan sekadar menandakan kemasukkan JETOUR ke dalam pasaran SUV Malaysia, ia turut mentakrif semula jangkaan pengguna dalam pasaran yang kompetitf ini,


 kata Encik Ke.

Pemandu di Malaysia telah lama mencari kenderaan yang menawarkan nilai luar biasa tanpa menjejaskan kualiti, teknologi, atau reka bentuk dan Dashing jelas memenuhi keperluan pasaran tersebut. Kami telah mencipta sebuah SUV premium yang memenuhi kehendak dalam pasaran hari ini dengan memberikan apa yang paling penting kepada pengguna Malaysia yang bijak memilih.


Dashing, dengan kapasiti 5 tempat duduk, menampilkan reka bentuk 3D coupe fastback yang menarik perhatian, dengan ukuran panjang 4,590mm, lebar 1,900mm, dan tinggi 1,685mm – pilihan yang terbaik dalam segmennya. Reka bentuknya yang dinamik menghasilkan lengkungan elegan seperti yang dinampakkan pada sport saloon, sambil mengekalkan keserbagunaan kenderaan SUV. 


Elemen yang istimewa termasuk pemegang sensor pintar tersembunyi yang akan dipanjangkan secara automatik apabila kunci pintar menghampirinya, mengurangkan bunyi angin dan rintangan sambil menambahkan keanggunan teknologi. Lampu utama LED matriks terpisah menyediakan pencahayaan yang akan diaktifkan secara automatik 100-meter sebelum sampai ke pintu masuk terowong dengan empat tahap ketinggian boleh laras dan fungsi ‘follow-me-home’. Lampu nyalaan siang menampilkan reka bentuk unik ‘Mecha-Eyes’, sementara lampu belakang menggabungkan reka bentuk bendera perlumbaan untuk meningkatkan karakter sporty kenderaan tersebut. 



Dashing dipasang dengan hub roda 19 inci yang termaju untuk meningkatkan cengkaman dan kestabilan yang membolehkan pengendalian mantap di pelbagai jenis permukaan. Sunroof panoramik 75 inci yang luas mencipta pengalaman kabin yang terbuka dan lapang di mana ia dapat menghubungkan penumpang dengan dunia di sekeliling mereka sambil mengekalkan privasi dan keselesaan.

Untuk interior kenderaan, Dashing menawarkan dua kombinasi warna dalaman iaitu off-white atau hitam dan merah yang minimalis. Reka bentuk kabin tanpa bonggol di bahagian tengah kerusi belakang berfungsi meningkatkan keselesaan bagi semua penumpang. Ruang but dapat menampung barang dalam kuantiti yang banyak, sesuai untuk peralatan pengembaraan seperti khemah dan peralatan BBQ.

JETOUR telah melengkapkan Dashing dengan teknologi arahan suara pintar yang membolehkan kawalan intuitif untuk tingkap, penyaman udara, navigasi, dan muzik mengikut kedudukan dalam kenderaan. Ciri-ciri keselesaan tambahan termasuk sistem penapisan udara tahap CN95 yang memastikan kualiti udara kabin yang bersih, pencahayaan ambien yang boleh disesuaikan pada tahap trim yang lebih tinggi, serta saluran udara belakang yang diletakkan secara strategik untuk kawalan suhu yang konsisten di seluruh kabin.

Pintu belakang (tailgate) elektrik menawarkan pelarasan ketinggian yang boleh diprogram melalui skrin pusat untuk disesuaikan mengikut keperluan pemandu. Ia juga dilengkapkan dengan perlindungan anti cubitan untuk keselamatan tambahan. Ciri ketersambungan merangkumi pengecasan peranti tanpa wayar dan integrasi lancar dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Pakej keselamatan menyeluruh seperti pengesanan titik buta menggunakan radar gelombang milimeter yang diaktifkan pada kelajuan melebihi 15 km/j, amaran pertukaran lorong yang memberikan isyarat visual dan bunyi apabila terdapat risiko perlanggaran, amaran lintasan trafik belakang untuk meningkatkan keselamatan semasa mengundur, serta amaran pintu terbuka yang memberi peringatan kepada penumpang mengenai kenderaan yang menghampiri ketika keluar dari SUV.

Dashing dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter yang canggih, menghasilkan 156ps (115kw) kuasa kuda dan 230Nm tork, untuk pecutan responsif serta prestasi yang meyakinkan di lebuh raya.

JETOUR Dashing akan disediakan dalam dua varian, bermula dari RM XXX untuk varian Comfort trim level dan RM XXX untuk varian Prima trim level - menjadikannya kenderaan yang menawarkan nilai yang terbaik dalam segmennya.

Dashing akan ditawarkan dalam lima warna luaran yang elegan iaitu Carbon Black, Khaki White, Aurora Green, Phantom Grey, dan Hematite Red, dengan dua pilihan dalaman dwi-tona dalam gabungan warna terang dan gelap dengan sentuhan jahitan serta lining merah yang menambah elemen sofistikasi.

Pelancaran ini sejajar dengan strategi Travel+ kami yang bertujuan mencipta pengalaman pengembaraan luar biasa menerusi penyelesaian mobiliti inovatif
 
2025 menandakan ulang tahun ke-7 JETOUR - satu pencapaian penting dalam usaha peluasan global kami, di mana kami kini beroperasi di 65 negara dengan lebih daripada 2,000 rangkaian jualan dan servis serta jumlah jualan global melebihi 1.6 juta unit. Malaysia ialah pasaran utama dengan potensi pertumbuhan besar dalam strategi pembangunan global kami. JETOUR komited untuk menjadi peneraju global dalam segmen SUV dengan menggabungkan teknologi terkini dan reka bentuk yang selari dengan pelbagai budaya serta gaya hidup di seluruh dunia.

Bagi menyokong pelancaran Dashing, JETOUR telah melaksanakan pengembangan rangkaian yang agresif, dengan menubuhkan lebih daripada 15 pusat jualan dan servis di seluruh Malaysia dan sejumlah 30 pusat 4S dan 3S yang akan dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2025. 

Pembangunan pesat ini bertujuan mewujudkan akses tanpa tandingan kepada kemudahan jualan dan servis JETOUR selain mengukuhkan lagi kehadiran JETOUR di lokasi strategik di Semenanjung dan Malaysia Timur, termasuk Selangor, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor, Sabah, dan Sarawak. Sementara itu, syarikat ini juga menjamin sokongan selepas jualan yang cekap dengan memastikan stok alat ganti yang mencukupi di seluruh negara - usaha yang mencerminkan komitmen jangka panjang mereka terhadap pasaran tempatan.


Selain itu, kemuncak acara tersebuat ialah , Encik Ke Chuandeng dan Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun, Pengasas Kumpulan Berjaya dan Penasihat Utama Pemegang Saham Kumpulan Berjaya Asset Bhd. dan JETOUR Malaysia Sdn Bhd. menandatangani Memorandum Persefahaman, menandakan kerjasama penting dalam projek Completely Knocked Down (CKD). 

Kerjasama ini menandakan peristiwa penting bagi pelancaran kenderaan Jetour dalam pasaran Malaysia. Kerjasama ini juga, merangkumi prinsip Pembuatan Pintar yang selaras dengan INDUSTRI 4.0 iaitu menyepadukan teknologi digital seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet pelbagai benda (IoT) dan robotik ke dalam proses pembuatan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan fleksibiliti. 

Melalui kerjasama strategik ini, JETOUR komited untuk meningkatkan pelaburannya di Malaysia dan meningkatkan usaha penyetempatan serta mengukuhkan lagi kedudukannya dalam landskap automotif Malaysia.

JETOUR Dashing akan tersedia di semua bilik pameran JETOUR yang sah di seluruh negara bermula April 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai JETOUR Malaysia, sila layari:

Laman Web: https://jetour.com.my/
Facebook: Jetour Auto Malaysia
Instagram: Jetour Auto Malaysia
JETOUR MENINGKATKAN LANDSKAP AUTOMOTIF MALAYSIA DENGAN SUV TERBAHARU DI PASARAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 10, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.